Minat baca komik? apa kata saya sarankan sebuah komik baru pada anda, Zoology karya Stanley G, jikalau sebelum ini anda fikir manga Crayon Sin Chan komik paling kelakar, kini Sin Chan sudah ada pencabar di Malaysia.Saya puji gaya lukisan Stanley G yang unik dan tersendiri, tidak terikut gaya manga ataupun barat, bagaikan lakaran pensel budak sekolah yang tak pandai melukis.

Persetankan mereka-mereka yang celupar mengatakan komik adalah untuk budak-budak, komik hanya sekadar lawak jenaka, komik hanya gaduh-gaduh, dan baca komik tidak kool.
Rhino, Swallow dan Koala, adalah tiga watak utama dalam komik ini, ketiga-tiga nya saya suka, Rhino paling lantang menyuarakan ketidak-adilan, cakap lepas dan panas baran, Swallow gadis skema yang kejam, sukar diduga dan bijaksana dan Koala lelaki yang bercita rasa tinggi, romantis, dan slumber. Sebenarnya saya sudah mengikuti komik ini dalam majalah Starz dan Utopia, cuma kali ini saya beli untuk koleksi peribadi dan membaca kembali mana-mana part yang tertinggal.
Dunia yang kita lalui adalah kejam, jadi anda perlu tahu cara mengatasi dan melaluinya, jangan kasi orang tonjol kepala kita, sebelum orang pijak, kita berak kepala diorang dulu. Saya jamin anda pasti ketawa, tersenyum sorang-sorang bila menikmati komik ini, kritikan dan sindiran nya cukup tajam dan penuh realiti, contoh pasal lanun vcd, pawagam, realiti-tv, pasal servis mamak, mengorat promoter, teksi cekik darah, restoran fast food, gores dan menang, pendek kata berbaloi anda membayar rm6.50 untuk ketawa yang ilmiah, selamat membaca.
Anda boleh mendapatkan komik ini sekarang di kedai-kedai mamak dan toko buku, atau kalau takder gak beli secara online di Gempakstarz
p.s-Rjuna.net tidak mengambil untung se-sen pun untuk ulasan ini, segala risiko ketidak-puasan anda adalah risiko anda sendiri, sekian terima kasih :)
Incoming search terms:
- baca zoology gempak starz online
giler la!! memang cambest hasil karya dari dorang ni. Memang layan beb.
[Reply]
Ok jap lagi layan Naruto Saipudin 28, n manga dia Jiraiya vs Pein+Konan huhuhu, ni lari topik dah ni :P
[Reply]
waa, bagusla ko bro, aku tak sempat nak layan komik ni sangat,hehe..setakat bleach ngan naruto je aku semapt layan pas sedut dari torrent setiap minggu,hihii..mangga diapun aku follow,huhu
[Reply]
Swallow cun siot kalau dia buang imej skema dia, huhu kejam dan sukar diduga akalnya
[Reply]
wohoo.. aku baru je baca 2hari lpas. pinjam kawan punya. yg si swallow tu mmg kejam r. tapi best2!
[Reply]
Hoho bukan komik underground (zine) bro, mainstream ni, balut dalam plastik lagi.
[Reply]
mcm komik underground je…
[Reply]