Zakat fitrah pakai SMS sah ke?

Jawapan bagi tajuk soalan diatas ialah SAH dan hukumnya HARUS rujuk fatwa Majlis Agama Islam negeri Selangor.

Sebenarnya aku pun baru tau, zakat boleh pakai SMS kat iklan suratkhabar, padahal bila semak balik cara ni dah diperkenalkan sejak 2008 lagi (camner aku baru tau ni)

kalau sebelum ni biasa jumpa Amil (ejen kutipan zakat) dekat surau, masjid, stesen minyak, ataupun dalam pasaraya nak bayar zakat fitrah, sekarang pakai sms pon boleh.

Bukan setakat pakai sms jer, pakai internet banking boleh, pakai ATM boleh, mesin e-debit juga boleh, fuh canggih betul sekarang, ni, kalau tak bayar jugak memang saja la tu.

Tapi malangnya ianya khas untuk pelanggan Celcom di negeri Selangor, Melaka, Terengganu, Perlis, Kedah dan Pahang sahaja, Aku pakai hotlink pastu duduk Perak pulak tu :cry:

Niat Zakat Fitrah
“Inilah wang sebanyak RM…… sebagai menunaikan Zakat Fitrah yang Wajib ke atas diri saya (dan mereka yang dalam tanggungan saya) pada tahun ini kerana Allah Ta’ala.”

Kadar Zakat Fitrah bagi tahun 2010

Perlis ~ RM 6.00
Kedah ~ RM 7.00
Pulau Pinang ~ RM 7.00
Perak ~ RM 7.00
Selangor ~ RM 7.00
Negeri Sembilan ~ RM 6.50
Melaka ~ RM 6.50
Johor ~ RM 5.00 / 7.50 *
Pahang ~ RM 7.00
Terengganu ~ RM 5.00 / 7.00 / 8.00*
Kelantan ~ RM 7.00
Sarawak ~ RM 5.20
Sabah ~ RM 6.80
Wilayah Persekutuan ~ RM 7.00

*beras wangi

Siapa yang diwajibkan bayar zakat Fitrah?
Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

Syarat Wajib Zakat
Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:

1. Seseorang yang mempunyai lebihan makanan/harta melebihi dari tanggungannya pada malam dan pagi hari raya

2. Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.

3. Orang yang memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadan dan berkekalan Islamnya.

4. Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.

Pesanan Rjuna: Ingat zakat itu bukan takat zakat fitrah saja, zakat harta pon ada juga, kalau ada masa terluang layarilah http://www.e-zakat.com.my

Incoming search terms:

  • zakat SMS
  • zakat fitrah sms
  • bayar zakat fitrah sms
  • kemana pendapatan kamu dibelanjakan
  • kutipan zakat sms
  • pusat zakat selangor zakat fitrah 2010

19 thoughts on “Zakat fitrah pakai SMS sah ke?

  1. assalammualaikum….saya berkerja dan tinggal di puchong selangor.boleh ke kalau saya membayar zakat di pahang?

    [Reply]

    Rjuna Reply:

    boleh en mohamad, zakat boleh dibayar dimana-mana sahaja

    [Reply]

  2. wah…pahang termasuk gak upenye :up: …pernah dengar tapi tak pernah ambil serius utk tau…tapi bila dah ada mcm ni rasanya lagi memudahkan dan dah takde alasan xde masa dah lepas ni…tahun ni nak try la…tahun lepas guna cara biasa je ;-)

    [Reply]

  3. Sekarang ni pelbagai cara untuk selesaikan sesuatu urusan.
    Urusan seperti zakat fitrah sudah pun mempunyai pelbagai cara untuk dilaksanakan.
    Harap kita semua dijauhi untuk tidak tunaikan tanggungjawab sebagai muslim, amin.
    hafidz´s last [type] ..Kord Gitar – Meet Uncle Hussain feat Black Drama King

    [Reply]

    Rjuna Reply:

    Zakat fitrah supaya amalan ibadah puasa kita diterima Allah,

    Zakat harta menyelamatkan kita dari di soal Allah SWT di akhirat kelak, “kemana harta kamu dibelanjakan? “

    [Reply]

  4. Pingback: Tweets that mention Zakat fitrah pakai SMS sah ke? | RJUNA -- Topsy.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:alien: :angel: :angry: :blink: :blush: :cheerful: :cool: :cwy: :devil: :dizzy: :ermm: :face: :getlost: :biggrin: :happy: :heart: :kissing: :lol: :ninja: :pinch: :pouty: :sad: :shocked: :sick: :sideways: :silly: :sleeping: :smile: :tongue: :unsure: :w00t: :wassat: :whistle: :wink: :wub: