Article

Windows Se7eN Jadian

Hai dik non sekalian..bersama Abang Debab kembali dalam rancangan Cak Cak Amboi Amboi, sori la abang debab lambat update blog ni, sebab apa lambat? hah biasaler tuan punya blog ni lambat bayar payment abang bulan lepas kann (abang tipu sket haha)

Ok minggu ni abang debab akan mengajar u all bagaimana menukar windows XP kepada Windows 7, tanpa mengeluarkan se-sen pon duit korang, yang mana geek tu mesti dah tau kan betapa hot-stuff nya Windows 7 ni, abang tau mesti u all nak cuba, try, test kan? nak beli sure mahal or pc tak support ke kan?, hah mari kita lakukan bersama

Apa yang abang ajar ni mungkin ilmu sesat yang mampu menjahanamkan PC/Laptop korang (kalau tak hati-hati la), jadi sila bertanggungjawab atas keputusan anda sendiri mempelajari jurus-jurus maut Hikmat 7 Jadian ini, jika setuju mara ke langkah seterusnya..

+ Sedut software ini Se7en Transformation Pack 3.0

+ Extract file tu dan klik 2x Install cam biasa

+ baca betul2 langkah demi langkah masa install tu

+ bila dah berjaya korang akan dapat melihat keajaiban seperti di bawah ini

windows se7en

+ sila berkata Wow Yes! Yes! Gua dah berjaya Install Windows 7 Jadian di twitter mahupun fesbuk, dan sila beri komen di bawah ini, kongsi kegembiraan korang dengan abang debab.

+ Sebenarnya korang masih lagi menggunakan windows XP tapi semua ikon, font, theme dan ciri-ciri windows 7 boleh dikatakan ada dalam software diatas ( cuma tak la perfect 100% sama), boleh la tayang/bangga kat member u all dah install Win 7, padahal hakikatnya korang jer tau hihi.

ilmu ni perlu dirahsiakan dari otai-otai software atau mamat/minah IT, sebab apa?, sebab apa tu korang jangan tanya, nanti korang akan paham sendiri (bila kantoi) hehehe :pirate:

Kredit dan Terima Kasih= Windows X Live (u rocks guy!)


26 Responses to “Windows Se7eN Jadian”

  1. kaizer
    September 28, 2009 at 4:57 pm #

    bro, xkan nak guna window 7 jadian je.torent je dh ada yg versi RTM.siap activate lagi.so korang leh guna window 7 yg sebenarnya…pasal driver window 7 x de masalah…

    [Reply]

    Rjuna Reply:

    Tapi laptop saya jenis cap ayam pentium m celeron.. hard disk kecik, kalau install gak, mau berat jadinya

    so tunggula..tgh kumpul duit nak beli laptop baru, then baru install window 7 :smile:

    [Reply]

  2. luthtextile
    September 14, 2009 at 2:48 pm #

    waaaaaaaaaaa.. ini sudah lebey. wakakkaa. takpala bro..
    xp jadian ke win7 cam aku la.. :up: :up:
    .-= luthtextile´s last blog ..Majlis Berbuka Puasa Komuniti Bloggers Penang #1 =-.

    [Reply]

  3. ejoy
    September 13, 2009 at 11:23 pm #

    Uishhh dah lama aku x masuk laman web ko… x sangka dah berwajah baru… tahniah mil

    [Reply]

    Rjuna Reply:

    aku faham ko sibuk, mana nak layan opis lagi bini lagi hehe, blog aku ni suka-suka jer :kantoi:

    [Reply]

  4. Hafidz
    September 13, 2009 at 12:49 am #

    Chantek! :up: Terima kasih atas perkongsian =) Lepas ni aku da boleh menjelmakan PC kat opis menjadi Windows7! :razz:
    .-= Hafidz´s last blog ..090909 =-.

    [Reply]

    Rjuna Reply:

    hehe silakan, pastu ada opismate nak buat, ko caj gaya format pc haha rm50 hehe (jgn dgr ckp Rjuna)

    [Reply]

    Hafidz Reply:

    Haha~ Lagi best tu bro. Best la cadangan ko. Bole menjana pendapatan =P
    .-= Hafidz´s last blog ..090909 =-.

    [Reply]

  5. Khai
    September 12, 2009 at 10:27 pm #

    adeh 10 hengget je dvd pirate kat kedai.. sanggup ko mengjadian kan laptop ko eh bro? hehehehe..

    tapi diorang yang buat transformation ni mmg hebat. Dulu dengan Vista tranformation Pack.. skang dah kuar Se7en plak.. salute…!!
    .-= Khai´s last blog ..“Kiss Me” di dada perempuan =-.

    [Reply]

    Rjuna Reply:

    sebab apa aku tak beli dvd win 7= sebab spec laptop usang aku nih tak cukup syarat, kena beli laptop baru :$: :cry:

    [Reply]

  6. Kill-Vearn
    September 12, 2009 at 3:51 pm #

    hoho.. guna transformation eh.. ape2 pon win 7 mmg best.. hoho..
    .-= Kill-Vearn´s last blog ..Bila Kebosanan Melanda =-.

    [Reply]

    Rjuna Reply:

    pakai tranformation pack ni rasa laju pulak win XP aku, pelik betul :kiss:

    [Reply]

  7. Dr House
    September 12, 2009 at 5:44 am #

    Satu lagi software boleh pakai adalah Seven Remix XP. Website dia http://niwradsoft.blogspot.com/

    [Reply]

    Rjuna Reply:

    haah tu satu lagi, tapi nampak kurang meyakinkan berbanding yg diatas ni, tq dr house, sekurang nya ada pilihan utk mencuba yg lain kan,

    dah pernah try ke?

    [Reply]

    Dr House Reply:

    Yep. Aku tengah pakai skang. Transformation pack tu aku pernah pakai yang vista punye.
    .-= Dr House´s last blog ..Gambar Lamborghini Reventon Roadste =-.

    [Reply]

  8. megat
    September 12, 2009 at 2:30 am #

    sekali pandang memanglah tak perasan. 2 3 kali pandang, kantoi! kah3

    klu kelayakannya cukup apa salahnya upgrade terus ke win 7. win 7 memang cun!
    .-= megat´s last blog ..Nuffnang Dengan Project Alpha, Persembah Blogger Popular Malaysia =-.

    [Reply]

    Rjuna Reply:

    kelayakan tak cukup lagi bro, pc/laptop usang, ingat nak angkat laptop baru tahun depan, time tu leh la guna Windows 7 sebenar :$:

    [Reply]

  9. pawaka
    September 12, 2009 at 12:43 am #

    “ilmu ni perlu dirahsiakan dari otai-otai software atau mamat/minah IT, sebab apa?, sebab apa tu korang jangan tanya, nanti korang akan paham sendiri (bila kantoi) hehehe”~adik mu buat2 xtahu :| wyw canggilnye! :up:

    [Reply]

    Rjuna Reply:

    wow canggih woo, eleh ko pun pakai XP jugak jgn nak tipu haha :kiss:

    [Reply]

  10. loq
    September 12, 2009 at 12:40 am #

    whoaaaa~~
    tapi aku still prefer MAC osx
    dulu aku pernah try
    gile cun!
    .-= loq´s last blog ..Jom guna DropBox =-.

    [Reply]

    Rjuna Reply:

    waa pakai MAC osx, aku sentuh or try test pon tak pernah :sad:

    [Reply]

  11. Mus
    September 12, 2009 at 12:40 am #

    aku pon pernah menjadikan XP jadi Windows7.. sekali pandang.. akan tertipu..

    [Reply]

    Rjuna Reply:

    kat fesbuk ada 2 user Windows 7 dah tertipu, tapi 1 kantoi dgn bro Megat di twitter :mrgreen:

    [Reply]

  12. x-po
    September 12, 2009 at 12:39 am #

    aku je yg still ketinggalan lg..still gne vista..hehe
    .-= x-po´s last blog ..PERLUKAH JADI QUEEN CONTROL? =-.

    [Reply]

    Mus Reply:

    kena try Windows7 ni bro..

    [Reply]

    Rjuna Reply:

    aku lagi la x-po masih guna win XP SP2, ni dah up ke se7en jadian ni, baru rasa cam pakai pc baru hehe

    [Reply]

Leave a Reply

CommentLuv badge
:alien: :angel: :angry: :blink: :blush: :cheerful: :cool: :cwy: :devil: :dizzy: :ermm: :face: :getlost: :biggrin: :happy: :heart: :kissing: :lol: :ninja: :pinch: :pouty: :sad: :shocked: :sick: :sideways: :silly: :sleeping: :smile: :tongue: :unsure: :w00t: :wassat: :whistle: :wink: :wub: