Article

Urusan seri paduka

Kepada yang mengikuti twitter aku, mungkin dah mengetahui yang aku dapat tawaran melanjutkan pelajaran di sebuah kolej milik penuh kerajaan. Sijil jer dalam bidang Multimedia Kreatif, tapi kena study 2 tahun sepenuh-masa, tarikh mendaftar 21 Julai 2009.

Surat dapat 27 May yang lalu, jadi untuk mengesahkan tawaran tu aku perlu mengembalikan 1 surat jawapan dalam masa 14 Hari, ketika diari ini ditulis, tinggal 5 hari saja lagi untuk submit, tapi aku masih belum mempersiapkan apa-apa.

Setelah berfikir panjang, aku mengambil keputusan untuk menolak tawaran kolej tu, aku tolak  sebab terikat dengan hutang-hutang macam hutang kereta, hutang kad kredit, dengan ASB lagi, tak boleh lari beb. Kalau nekad mau jer aku bebankan masalah ni kepada mak-bapak aku, tapi tak sampai hati pulak, patut aku yang kasi duit kat diorang, aku taknak bebankan diorang lagi, dah dewasa ni baik berdikari.

hidup ni biar kita susah takpe.. tapi jangan kita susahkan hidup orang lain—Bonda

Masa ambil borang dulu memang tak pikir sangat hal ni, saja terjah test power, last last dapat, dah dapat pastu tolak pulak haiya, Rjuna..Rjuna rasa bodoh pulak, aku buat camni, walaupun berat hati ni menolak, aku terpaksa memilih kerjaya aku sekarang, kerja yang aku tak minat.

Aku mintak maaf pada bahagian pengambilan pelajar kolej komuniti, berilah tempat aku tu pada orang lain.

Next projek mungkin cari kerja part time, untuk langsaikan baki hutang kad kredit, then baru pikir bab part time study, sorry bab-bab kawen tolak tepi la untuk 4-5 tahun mendatang ni, cintaku hanya pada duit sekarang.


14 Responses to “Urusan seri paduka”

  1. Kill-Vearn
    June 12, 2009 at 6:32 am #

    hohoho… ko tolak blaja eh? muda² agi ada utang kete? kedit kad? perghh mmg kaw² ko ni berbelanja… hahaha.. aku smua takde agi… aku ase baik ko blaja, ye la bukan muda agi.. mak ayah paham kot kalo kita nak blaja.. nanti takot lama² semangat belajar ko da takde, mcm ne? erm just my 2cent.. cara terpulang pada ko…

    Rjuna= memang semangat membuak-buak nak study balik..tapi apakan daya tak semua kita nak kita leh dapat, usaha lagi

    [Reply]

  2. KampungBoy
    June 6, 2009 at 11:22 pm #

    Ya…bila dah amsuk blogging
    msti dh ramai celik dengan kepentingan dunia multimedia
    boleh buat dwet bro….
    tu yang pnting

    Rjuna= duit tu belakang hari leh citer, yang aku nak ilmu n kemahiran tu, takpe takde rezeki

    [Reply]

  3. loq
    June 5, 2009 at 11:01 am #

    bila dah langsai semua hutang…
    lepas tu tak nak sambung belajar ke?

    Rjuna= yup itu sudah pasti

    [Reply]

  4. hanc
    June 4, 2009 at 11:26 pm #

    salam… tuan umah adew?? ermm selamt berkeja… :) jaga diri n happy kan diri..

    Rjuna= tuan rumah disini, safety 1st hehe

    [Reply]

  5. aiereast
    June 4, 2009 at 10:46 pm #

    Takpe lar Rjuna, kalau da ader kemampuan yang jitu nanti, sambunglah belajar. apapun2, setelkan mana yang patut lu :smile:
    Rjuna= terima kasih :)

    [Reply]

  6. darkz05
    June 4, 2009 at 9:15 am #

    aduh, kesian plak ko terpaksa tolak tawaran belajar tuh. takpa, dimana ada kemahuan disitu ada jalan :razz:

    Rjuna= mencari ilmu itu sampai ke mati..aku redha

    [Reply]

  7. H+zizy
    June 3, 2009 at 8:24 pm #

    ..takpe bro, kadang-kala kita perlukan masa yang betul-betul sesuai untuk lakukan sesuatu termasuklah bab further study ni.

    Rjuna= mungkin tuhan merancang tawaran yang lebih baik

    [Reply]

  8. chekguBH
    June 3, 2009 at 6:16 pm #

    ayat ending yg mencengkam sanubari mereka yang belum bernikah nih…
    huhu

    cinta pada duit lagi besh dari cinta pada awek??
    tapi tak leh lawan cinta pada family esp ibu dan bapa kan??

    Rjuna= yup cinta kepada keluarga..tapi lebih afdhal mulakan dengan cinta pd diri sendiri dulu

    [Reply]

  9. Kasih
    June 3, 2009 at 3:00 pm #

    xpa bro, rezeki ada dimana2, selagi ada usaha pasti ada peluang tuk lanjutkan pelajaran tu bro….

    walau xdpt nk smbng pelajaran tp pasti parents bro bangga gan bro sbb bro sorang anak yg bertanggung jawap…. proud of u my dear bro…

    akak sentiasa ada diblakang bro :)

    [Reply]

  10. Mr Fathi
    June 3, 2009 at 12:58 pm #

    alaa masuk form 6 jer.kan senang.murah dan pantas.ehehe

    Rjuna= umur dah 26 besor bapak budak.. apa kes nak masuk form 6 weh

    [Reply]

  11. seorangsetiausaha
    June 3, 2009 at 9:14 am #

    kalau aku jadi org pendaftar tu, aku banned name ko dan akan terus menerus banned dan hantarkan nama ko ke seluruh kolej utk banned kan name ko :arrow: :lol: ..hehehe….takper… nnt ko bley sambung blaja lagi….wat part time mcm haku ke… well, goodluck in your life seeking for million of money… :evil:

    Rjuna= antu jahat betul seketari ni, nak kena babap nih

    [Reply]

  12. zelo55
    June 3, 2009 at 8:33 am #

    aku suka smangat ko!
    aku blanja makan jom!

    Rjuna= tang belanja makan yg aku nak dengor tuh

    [Reply]

  13. an2blur
    June 3, 2009 at 8:23 am #

    chill dude..

    jangan risau, peluang sambung belajar still akan ada bila-bila masa w’pun sepuluh atau dua puluh tahun akan datang.

    yang penting abiskan bayar hutang dulu.

    masa muda remaja ni la nak kumpul duit banyak2.

    eheh.

    Rjuna= Thanx atas nasihat ko tu, terharunya

    [Reply]

  14. APEK
    June 3, 2009 at 6:23 am #

    aduh.. tersentuh la hati aku bila baca ko nya ni..

    rasa bertuah plak aku bila pikir aku penah sambung blaja dr ko yg kempunan x dpt merasa.. bro, apa pun keputusan ko.. aku di belakang ko..

    sesungguhnya, berat mata memandang.. berat lagi bahu yg memikul.. aku harap ko tabah..

    Rjuna= yup rezeki masing2 gak, apa yang penting usaha kena ada la, marilah menuju kejayaan

    [Reply]

Leave a Reply

CommentLuv badge
:alien: :angel: :angry: :blink: :blush: :cheerful: :cool: :cwy: :devil: :dizzy: :ermm: :face: :getlost: :biggrin: :happy: :heart: :kissing: :lol: :ninja: :pinch: :pouty: :sad: :shocked: :sick: :sideways: :silly: :sleeping: :smile: :tongue: :unsure: :w00t: :wassat: :whistle: :wink: :wub: