iPad baru?

Tahukah anda..iPad 3 yang ditunggu-tunggu memang tak wujud, yang ada cuma ‘The New iPad’.

Rata-rata penggemar barangan Apple hampa kerana iPad baru ini tak seperti yang mereka gambarkan (jangkaan perubahan besar + produk baru). Apa sudah jadi Apple? Revolusi sudah tukar jadi Resolusi ya?

iPad baru ni boleh la dikatakan hanya sekadar penambah-baikan dari iPad 2, siap ada orang buat lawak lagi ia sepatutnya dinamakan iPad 2S, seperti pelancaran iPhone 4S dulu (disangka iPhone 5)

Ah persetan laa orang nak kata apa pon, kalau dah suka beli jugak nanti. Bagi yang takde iPad macam Abang Juju ni, memang konfem lah nak satu kan (nak free please).

Spesifikasi The New iPad:

1. Skrin ‘Retina Display’ dengan resolusi 2048 x 1536 pixel

2. Processor A5X Dual Core CPU, Quad Core GPU 1GHZ

3. Kamera iSight (belakang) 5 Megapixel Autofocus, tanpa flash, boleh rakam video HD 1080P

4. Bateri tahan 10 Jam / 9 jam 4G

5. Support network 4G LTE (kat Malaysia takde lagi) 4G, 3G, HSPA & EDGE

6. iOS 5.1

iPad baru ni akan dipasarkan pada 16 Mac 2012. Malaysia macam biasa la lambat lagi kot.


Cun woo skrin dia

Nak cepat kena beli kat Singapura la jawabnya, jangan tergezut kalau ada yang akan ambil kesempatan jual kat Plaza Low Yatt/Online dengan harga RM 3K woot!!

Harga paling cikai iPad baru ni ialah USD 499 (16Gb WiFi) kalau tukar duit Malaysia dalam RM 1400-1500 gitu la.

Bagi yang tak suka ambik gambar guna tablet, abang nasihat beli jer iPad 2, murah sikit dah boleh dapat dalam Rm 1100. Jangan bazir duit dik.

#Abang Juju: makin ramai la umat bawak tablet nak bergambar lepas ni. bawak masa kenduri kawen pulak tu :shocked:

Data U Mobile untuk smartphone anda

Kembali bersama Abg Juju,

Bercakap pasal henpon pintar memang tak dapat lari dari penggunaan data internet, tak kisah la Android ke iPhone, ia keperluan pengguna henpon zaman sekarang, dunia sudah berubah.

Data plan apa yang korang pakai sekarang? Apa? mahal, cekik darah, bil melambung?

Sudah sampai masanya untuk beralih ke U Mobile. (harap dapat jadi duta lepas ni keh keh)

Ok kali ni Juju nak kongsi dengan korang. Telco baru yang abg juju pakai sekarang U Mobile 018. Satu telco yang asing dan jarang pon orang ambil tahu, yelah selalunya orang cakap pasal Hotlink, Celcom, Digi jer kan.

Dulu juju pakai Hotlink pastu lompat ke Digi, sekarang pakai U Mobile untuk iPhone, pelik kan pakai iPhone tapi guna U Mobile. Kemut nyerr (kedekut).

Setelah membuat survey atas semua telco utama, hanya ada 2 telco yang mempunyai plan data menjimatkan, khas nya untuk pengguna prepaid, U Mobile dan Tunetalk.

(Tunetalk juju try kat rumah signal bar agak teruk, tapi kat ofis full bar n laju, so terpaksa cancel guna Tunetalk)

Penghijrahan ke U Mobile dilakukan setelah menguji dan meneliti tahap kemampuan telco ini. Fokus ujian time tu, juju lakukan semata untuk menguji data internet yang ditawarkan mereka.

Ada plan data Pay As You Use (bayar bila guna sahaja) yang sangat murah 5 sen/mb, bermakna setiap 1 mb data hanya 5 sen dikenakan.

Selain Tunetalk takde telco lain yang letak harga camni. telco lama aku dulu baru on data sekejap jer nah 8 hengget kau dia tapau.

Continue reading