Tulis Blog dapat Duit

Kejayaan aku dapat 1st cek dari Nuffnang rupanya selama ini diperhatikan oleh pembaca dan pengunjung gelap blog ini, siap ada yang sms, yang mesej dan komen kat friendster pon ada, ish ish hebat kuasa cek HSBC itu ya.

Nuffnang Logo

Sebenarnya aku pasang iklan di blog hanya sebagai perhiasan dan side income saja, bukanlah serius sangat sampai ingin jadi kaya.Tidak sama sekali tau. Jadi nasihat aku, anggap saja pasang iklan ni sebagai main-main, saja nak cantik kan blog korang, nanti tokey-tokey iklan nih tak bayar se-sen (baca=cerett), jangan korang salah kan aku pula.

Oleh sebab ada yang tanya itu-ini pasal iklan Nuffnang ni, maka aku sediakan tutorial percuma ni untuk korang, khas untuk newbie yang baru bejinak2 bukak blog, tapi nak kaya cepat hehehe.

Daftar Akaun Nuffnang
Mula-mula daftar la akaun korang, isikan maklumat dengan tepat dan jujur, seperti nama penuh serupa dalam mykad, nombor mykad dengan tepat dan paling penting alamat surat menyurat yang betul

Aku syor korang hanya pasang iklan Nuffnang sahaja di blog, sebab Nuffnang menawarkan keahlian eksklusif Glitterati kepada yang setia beriklan dengan mereka, lupakan pengiklan tempatan yang lain jangan men-dua-kan atau bermain kayu tiga di belakang, nanti Nuffnang merajuk baru padan muka korang (tiada-iklan-buatmu).

Apa faedah join Glitterati nih sila baca disini http://www.nuffnang.com.my/exclusive-program/

Blog
Kalau korang tanya camner nak bukak blog? tu memang nak kena maki lah tu , korang boleh pergi kat Blogspot, Blogmas pon ada, jangan takutlah Nuffnang layan gak blog percuma nih, kalau nak blog macam blog aku disini silakan beli pakej kit blogger, ilmu bukan percuma beb, belajar dan praktiskan.

Pasang code iklan
Ok panduan meletak code iklan di blog sila semak dalam akaun nuffnang korang, ada jugak yang Tanya aku mana nak dapat code iklan tuh, camner nak letak, alahai malas manja sangat la korang nih.

code nuffnang dimana ya?

klik disitu ya

ikut arahan copy paste betul betul

kalau korang tak pass level nih sila hantukkan kepala di keyboard dan lupakan niat korang ingin buat duit dengan iklan blog.

Promosi dan trafik
Ok dah siap pasang iklan, blog anda kini ibarat sebuah media macam majalah ataupun website lelong, sila bayangkan anda ialah editor yakni ketua pengarang di blog anda,

bagaimana mahu menarik pembaca ke blog, kemudian membaca iklan yang korang pasang? Anda boleh cuba dengan.. contoh saja ya

Penulisan yang menarik dan kreatif, Gambar awek cun, Lawak Sarkastik, Letak file 3gp blue, Diari jiwa luka, Letak lirik-mp3, Berita panas-hangat, Gambar anak pontianak bogel, Bisnes internet, atau kutuk team rival macam Arsengal-Chelski-Liverfool.

Segalanya terserah pada kreativiti anda dan bagaimana anda mempromosikannya

Dapat trafik 50-100 pelawat sehari cukup la, Nuffnang suka Advertiser pon suka

Aku pun bukan pakar kalau ada yang tak betul sila tegur dan beri komen dibawah,

p/s=oh ya khidmat personal tutorial hanya dibuka untuk awek cun sahaja wakaka sila YM rjunabiz at yahoo dot com

20 thoughts on “Tulis Blog dapat Duit

  1. kpd encik MR Fathi : backlink jangan lupa… singgah banyak blog mana yang boleh dan bagi komen. blog titan pun boleh jugak singgah… earncent.com/blog (peh promosi laaa pulak)

    widget mybloglog jangan lupa taruk sekali…

    apa lagi haaa? tanya aaa rjuna pulak.

    abdfatah’s last blog post..Sorakan emosi euro 2008

    [Reply]

  2. susah? kenapa perlu kata susah? apohal pun kena usaha laa jangan putus asa… tak best aaaaa gini mengeluh. usaha mesti berterusan… berikan keunikan content dalam blog kita dan lebih penting adalah fresh… dan hapdate setiap hari…

    [Reply]

  3. MrFathi= haa tgk kan dah power tuu, usaha tangga kejayaan, ko boleh carik 50 blogger dan jadikan kawan tukar link dengan mereka (itu 1 cara jugakkan)

    siapa kata senang jadi blogger? go go fathi go, mari lawat blog fathi kawan-kawan (haha aku promote nih)

    [Reply]

  4. MrFathi= Bingo! Aku tak kata sesiapa, tapi disebabkan ada orang termakan cili, maka dia terasa pedasnya.

    Aku tak tulis pon nama sesiapa, jadi ko jangan lah terasa, buat tak tau sudah

    Yg penting ko paham tak apa yg aku cuba sampaikan? Tiada benda yang mudah dalam hidup ini seperti kata rakan blogger ku, Sedangkan nak berak pon kena meneran.

    [Reply]

  5. Darkz05= Ya aku suka trafik, lagi ramai lagi bagus hehe, inilah cara aku bantu bangsa sendiri, koman-koman tak la orang kata tulis blog ni buang masa je.

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:alien: :angel: :angry: :blink: :blush: :cheerful: :cool: :cwy: :devil: :dizzy: :ermm: :face: :getlost: :biggrin: :happy: :heart: :kissing: :lol: :ninja: :pinch: :pouty: :sad: :shocked: :sick: :sideways: :silly: :sleeping: :smile: :tongue: :unsure: :w00t: :wassat: :whistle: :wink: :wub: