Tak perlu genius untuk jadi jutawan

Slumdog Millionaire

Pasti ada sesuatu jika sebuah filem itu sudah memenangi 8 Oskar. aku berpeluang menontonnya berberapa hari lalu, oh bukan torrent tapi dvd. Oleh kerana kelajuan internet yang agak slow, rasa malas pula ingin memuat turun filem ini di Internet, jadi beli saja dvd lanun sementara tengah kaya ni.

Apa maksud Slumdog?, hasil carian di internet, ia bermaksud Slum (perkampungan miskin) + Underdog, digabungkan maka terhasil satu ayat baru,  Slumdog Milionaire, bunyi macam hina je kan?

Filem ini mengisahkan Jamal Malik,  pembantu am pejabat, merupakan seorang peserta Who Want To Be A Millionaire, India. Dia kini hanya tinggal selangkah saja lagi untuk memenangi hadiah utama, iaitu wang tunai bernilai 20 Juta Rupee, tapi satu malam dia ditahan polis kerana disyaki menipu dalam menjawab semua soalan yang di kemukakan dalam rancangan itu.

Setelah di seksa dalam lokap, Jamal menceritakan bagaimana dia boleh menjawab semua soalan, dia cuma menjawab “saya ada jawapannya” . Kerana setiap soalan yang di tanya ada kaitan dengan kehidupan lampaunya di perkampungan setinggan, di sana lah dia dan abangnya Salim dibesarkan, mana mungkin Jamal boleh melupakan tragedi ibunya dibunuh ketika konflik agama (Islam-Hindu) disana. Dalam konflik itu juga lah dia bertemu Latika, cinta hatinya.

Pelbagai dugaan yang menimpa Jamal tatkala dia cuba mencari cintanya yang hilang, abangnya Salim pula mula buat hal join kumpulan samseng.

Filem ini juga mengupas sindiket pengutip derma kanak-kanak di India, masyarakat India dan keretapinya, taraf Kasta antara orang kaya dan miskin, kriket, sifat putar-belit- alam, dan bahasa inggeris ala-ala london gitu, boleh la dikatakan inilah wajah filem India yang sebenar, bukan bollywood atau tamil ya.

Aku dengar Shah Rukh Khan dan Amitabh Bachan kutuk filem ni, filem kotor, biasalah kejujuran memang pahit untuk ditelan kan?

Cuma yang menjadi misteri sampai sekarang, kenapa si Jamal menyertai rancangan mencari jutawan tu?, sedangkan dia bukan lah seorang yang gilakan wang atau nak jadi kaya? Mungkin stress aweknya hilang kot, eh boleh ker alasan macam tu? hahaha lu orang pikir la sendiri.

Aku cadangkan filem ini untuk mereka yang sukakan filem tentang kehidupan.

Rating: :up: :up: :up: :up: (tunggu Astro tayang pon takpe)

Apa yang perlu ada, untuk mencari cinta yang hilang?

View Results

Loading ... Loading ...

Incoming search terms:

  • jutawan slumdog

14 thoughts on “Tak perlu genius untuk jadi jutawan

  1. Aku lambat komen. Tapi, saja-saja. Jalan-jalan dalam blog kau ni. Nampak pula kau ada query tentang kenapa Jamal masuk rancangan WWTBAM.

    Masa Jamal jumpa Latika di kondo gangster tu, dia ada nampak Latika tonton WWTBAM. Dan latika cakap dia suka dengan rancangan tu. Jadi, tujuan Malik masuk rancangan tu sebab dia nak Latika tahu di mana dia berada.
    .-= PakciQue´s last blog ..Lelaki Yang Boleh Dibuat Calon Suami =-.

    [Reply]

  2. Hi, bukankah sebab Jamal ingin mencari Latika, oleh itu dia sertai rancangan Millionaire tersebut. Tapi jamal ini memang bertuah, akhirnya memenangi duit yg banyak dan juga dapat bersama-sama dengan Latika. Seperti suatu cerita fairy tale!

    [Reply]

  3. Best giler citer ni. Dia masuk rancangan tu bukan sebab nak cari duit tapi sebab awek yang dia cari suka tengok rancangan tu.

    Yang pasti, nasib di tangan tuhan. Dia Maha Mengetahui.. cuma macam kebanyakan citer dari India, dorang cuba be fair terhadap agama Islam dan Hindu.

    ‘God is great!’ :wink:
    Rjuna= ko tak review pon filem ni kat blog, bz ya?

    [Reply]

  4. Rjuna, nanti datang kuantan bawala cd cite ni
    Bleh kita nonton dlm kete on the way nk gi trengganu… to apek… wahhhh dah pandai nak toron eheheheheheh :neutral:

    Rjuna= wah kereta ko ada dvd player, kaya-kaya-kaya

    [Reply]

  5. Bla aku baca sinopsis cite ni cam best je bunyinya… hati ni rasa cam tak sabo je nak tgk… satu pertanyaan untuk vote diatas…. nasib dan takdir tu bukan ke satu benda yang sama??? cuma perkataan yang berbeza… renung2kan :razz:

    Rjuna= aku betulkan dah, haha biasalah dulu cikgu suh belajor english degil

    [Reply]

  6. AR (nama manje ko yang terbaru arjuna)< -aku jek leh panggil. :razz: best ke cite nih.. dgor cite cam dpt awardkan. ko da tgok ke ni? aku pon nak tgu tayangan pree kat astro jek!! :eek:

    Rjuna= erk nama manjer, dah tengok, kalau ko minat citer hindustan, maybe suka la kot, kisah orang miskin india yg jarang dipaparkan.

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
:alien: :angel: :angry: :blink: :blush: :cheerful: :cool: :cwy: :devil: :dizzy: :ermm: :face: :getlost: :biggrin: :happy: :heart: :kissing: :lol: :ninja: :pinch: :pouty: :sad: :shocked: :sick: :sideways: :silly: :sleeping: :smile: :tongue: :unsure: :w00t: :wassat: :whistle: :wink: :wub: