Kenali Handphone cap ayam

Berberapa minggu lepas ada pameran jualan henpon & kamera murah di tempat aku, ingatkan leh la rembat blackberry/Nokia 5800XM satu (kalau murah) sekali yang adoo, henpon made in china yang banyak dijual. Gampang.

Memang ada beza antara yang ori dan klon, jangan mudah tertipu, kawan², camner nak tau tu hah mari kita skodeng..

1. Harga mak-aii Murah Gila ya amat
Kalau penjual yang baik dia akan bagitau, ini bukan ori encik, tapi biasanya diorang akan bantai cakap ini AP Singapore la, AP China la, AP Zimbabwe la, pelbagai cara diorang akan buat untuk anda terpedaya, tapi paling bangsat kalau diorang cakap ini henset ori, tapi jual harga original (biasanya yg jual on the road= beware)

2. Bentuk 100% sama tapi dalam of coz TAK SAMA
Sebagai pengguna yang bijak korang kena tau serba sedikit tentang henpon yang nak dibeli tu, apa aplikasinya, bentuknya, color henpon tu. Surf website pengeluarnya, lihat video di youtube bagaimana henpon tu berfungsi dan ulasannya

3.Perhatikan Tulisan Brand henpon
Masa beli cuba perhatikan tulisan pada henpon/kotak, selalunya klon ni dia tiru sejibik macam yang ori, tapi ada kes macam dulu Nokia jadi NOKLA, Sony Erricsson jadi SCNY ERICSSON/Suny Ericssom, Blackberry jadi Blueberry (kah kah ini kes lain)

4.Dual Sim Kad siap ada TV & WIFI bagai
Henpon klon memang dicipta sebegini untuk menambah tarikan kepada pembeli, padahal bukan best sangat pon feature tu, kalau MEMANG nak beli yang klon silakan, tapi kalau nak yang original, wifi mungkin ada tapi TIDAK untuk TV dan support dwi sim kad, jarang henpon Ori ada TV+ Dual Sim.

5. Cepat rosak dan tiada warranty sah dari penjual
Kenali pengedar sah jenama henfon terkemuka, Nokia pengedar sahnya ialah Zitron dan Avaxx, Sony Ericsson= Midland & Thorus, Samsung= FMG, henpon AP (Approve Permit) set selalunya ada warranty dari kedai itu sendiri,

Kalau henpon klon, nak warranty apa barang der? sebab tu elakkan membeli dari pameran handphone, online, mahupun individu tidak dikenali.

6. Kalau jual secara Online biasanya ditulis ALIKE atau LOOK ALIKE atau Replica
Elakkan berurusan dengan web jualan berisiko seperti Mudah.my di forum², laman sosial dan blog, sebaiknya beli dengan pengedar sah yang ada kedai, kalau pikir balik memang mahal sikit, tapi biar puas hati dan menang memakai bro, kalau beli cap ayam hati rasa tertipu, jiwa kacau, sudahnya henpon tu buat baling anjing, anjing pon tak mati.

Kalau anda rasa info yang saya tulis ini berguna, sebarkan/share pada teman² lain, sedih melihat bangsa sendiri tertipu, kerana henpon klon ini.

Kawan aku beria cakap telefon dia beli tu ori, tapi bila aku tengok..laaa klon rupanya, aku cuma senyum tapi dalam hati ada taman.. KESIAN, hidup² ditipu.

Incoming search terms:

  • macam mana nak tau blackberry original
  • cara nak tahu handphone original
  • beza blackberry original dan ap
  • pengedar sah sony ericsson
  • cap ayam
  • macam mana nak tahu handphone ori ke tak
  • 0176894589
  • beza blackberry original
  • bagaimana nak tahu blackberry original
  • nak tahu telefon original

Tag 1429 dan 2008

Aku layan kan aja tag dari brader Musnaz nih, lama tak layan tag rasa gian lak, lagipun kesian kat pelawat setia blog ni yang rajin berkunjung tapi takder apa nak dibaca, aku tak mahu kecewakan korang hehe :D

Ok bro apa yang lu nak Tag gua hari ni,

Brader Mus: Apa Azam ko tahun 1429 hijrah dan 2008 ni
Rjuna: Azam-azam kita tak main lah, sebenarnya saya dah buat satu senarai pendek tentang apa yang saya akan lakukan pada tahun ini, korang boleh baca di sana yek.

Brader Mus: Kenangan Pahit Tahun 2007 ada tak?
Rjuna: Menjauhkan diri dari seorang kawan baik. Takder gunanya kita beria nak berkawan, tapi akhirnya kita macam tak wujud dalam dunia dia, aku kecewa. ok namanya masih wujud di ruangan link, ok teka siapa dia.

Brader Mus: Pengajaran dari tahun 2007
Rjuna: Jangan bertindak terburu-buru, buruk akibatnya, aku banyak membazirkan wang kerana hal ini, insyallah tahun ini takkan berlaku lagi.

Brader Mus: Pencapaian paling bermakna pada 2007 anda
Rjuna: Memiliki Laptop, Blog dengan domain sendiri, Streamyx WIFI di rumah, Nokia N73 dan Myvi, syukur pada rezeki Mu Ya Allah.

Brader Mus: Ok Rjuna leh bagi satu pose menarik tak
Rjuna: Nanti bagi saya 1 copy ya. Snap. hahahaha Aje giler..takper play safe with sarcastic

bapakpontianak
bapak pontianak ( sapa terer leh buat super-impose)

Brader Mus: Eh ko ada siapa-siapa kenalan yang nak aku TAG-bual lagi?
Rjuna: Tak yah la diorang dah hanyut dengan dunia diorang tuh, mana main dah azam-azam ni, ko lambat tag aku nih mus