Hai bertemu lagi :)
Kali ni aku nak menceritakan tentang masalah yang berlaku di browser firefox aku dalam seminggu yang lepas.
Untuk pengetahuan korang Firefox adalah browser kesayangan aku, sebelum ni takde masalah pon yang berlaku, pelayar ni berkhidmat dengan penuh cemerlang hingga tersebut-sebut dalam mimpi.
Tapi bila sudah upgrade ke versi 3.5 ni dia mula buat perangai, dah la twitterfox dia buat perangai haritu, sekarang dia pulak nak bermanja dengan aku, hei masalah betul, asal bukak web page yang berat sikit & ada javascript dia mula bagi warning macam kat bawah ni, bukak Redtube takde pulak dia warning, pelik sungguh.

macam-macam cara dah aku buat, check virus, buang cache & cookies sampai tahap uninstall delete pastu Install balik Firefox pon, warning diatas masih muncul mengganggu, stress pon ada sekejap, korang ada cara tak nak tasi masalah warning tu?
Kerana Firefox mula merajuk, kini aku mula berjinak-jinak dengan Google Ghrome dan Opera
Hasil Ujian aku mendapati
Firefox 3.5 (26.34mb) = Telah ditambah fungsi Tab macam Chrome, masih laju dan safety cuma ada masalah macam aku cerita diatas, hope mozilla dapat fix kan problem tu (atau aku punya laptop jer yg problem ni?)
Google Chrome (59.83mb) = Agak berat bila loading, sesuai untuk pc or laptop yang ada memori atau RAM yang besar, browser ni aku simpan je kalau ada keperluan.
Opera 9.64 (6.06mb) = Aku mula jatuh cinta dengan browser ni, pantas, ringan dan tak banyak songeh, mungkin aku akan beralih guna ni kalau firefox masih problem. Kami tak besar dan kami tak kuat bila bekerjasama kami jadi…sambung sendiri hehe i like :up:
Internet Explorer?= Lupa pulak haha sebenarnya aku dah lama tak guna IE, IE6 masih lagi ramai yang guna, sila bertukar ke IE7 or IE8 ya, ingat siapa guna IE6 buntut dia kurap.
Korang ada masalah cam aku tak? atau nak offer browser lain Safari ke Maxthon ker Flock jangan segan-segan nak komen di bawah ya, buat cam blog sendiri yay!!
Updated : Masalah firefox 3.5 sudah selesai kalau korang mengalami masalah macam aku diatas, di bawah ini ada cara mengatasinya, kalau Firefox selalu crash pon leh cuba, ikuti langkah di bawah
Pergi Control Panel–> System–> System Properties–> Advanced–> Performanced–> Setting–> Performance Option–> Advanced–> Virtual Memory–> Changed–> Custom Size–> Tukarkan yg default Maximum Size kpd 1024mb atau 2048mb

Selamat Mencuba :kiss: