[youtube:http://www.youtube.com/watch?v=fFZVM8EDbKA 400 300]
Melihat dari trailer nya saja sudah buat aku rasa nak menonton filem ini, aku pun tak pasti bila ia akan ditayangkan di Malaysia, yang pasti Laskar Pelangi bukan lah sebuah filem aksi-omputih yang korang berebut sangat nak tonton, tapi sebuah cerita tentang kehidupan orang yang terpinggir, kemiskinan dan daif.
Diadaptasi dari novel terlaris Indonesia karya Andrea Hirata, menceritakan kisah 2 orang guru (Bu Muslimah dan Pak Harfan) dengan 10 orang murid yang digelar Laskar Pelangi (Ikal, Lintang, Mahar, Sahara, Trapani, A.Kiong, Syahdan, Kucai, Samson, dan Harun) di sebuah sekolah yang diberi nama SD Muhamaddiyah.
Bu Muslimah dan Pak Harfan sanggup berkorban masa dan wang bagi memberikan pendidikan percuma buat 10 orang anak ini, kerana sedar tanggungjawab mereka sebagai pendidik, mereka juga mahu membuktikan, bahawa anak2 miskin ini juga punya hak untuk mendapat didikan yang sama taraf dengan anak2 lain dari golongan berada, anak2 daif ini juga punya otak yang cerdik dan bukanlah bodoh untuk dijadikan kuli sahaja.
Pelbagai halangan dan tentangan diterima saat mempertahankan sekolah ini, namun semangat ingin mengubah nasib, nilai persahabatan dan keinginan untuk menggapai impian membuat mereka terus melangkah kehadapan.

Mungkin korang patut membaca novelnya terlebih dahulu, Novel Laskar Pelangi.pdf yang tengah bosan2 tuh meh baca novel ni, asik baca novel cinta je apa kes..
{Yang nak Karok & Melalak sila tekan disini..}
Incoming search terms:
- nidji laskar pelangi
- 10 novel terlaris di malaysia
- laskar pelangi filem
- laskar pelangi nidji
- novel cinta
- siapa ada laskar pelangi movie