HIDUP SEORANG BLOGGER
Posts tagged TLDM Lumut
Epilog seorang pengurus
Apr 24th

Peh tajuk macam judul lagu daa, aku jarang bercerita tentang hal-hal peribadi sejak akhir-akhir ini, dedikasi entri ini buat AbdFatah yang suka men-tag aku dengan tag yang bukan-bukan, nah hadam ko cerita jiwa kacau aku ni rasakan.
Nama aku Jamil bukan nama sebenar, bertugas sebagai Pengurus untuk sebuah syarikat Ayahkupunya Sdn Bhd, juga bukan syarikat sebenar. Menjadi pengurus syarikat bukan lah pilihan kerjaya aku sebenarnya, tapi oleh kerana dah tiada kelulusan dan sememangnya aku anak bertuah, maka ditakdirkan menjadi antara waris kepada empayar perniagaan keluarga ku ini, ada 2 syarikat, satu ayah ku dan satu aku.
Memulakan perniagaan sejak 2002 hingga kini, tiada pencapaian membanggakan telah aku buat untuk syarikat ini, syarikat ini juga pemalas seperti tuannya, harapkan sebutharga kerajaan saja, tender malas nak cari. Keadaan semakin teruk tahun 2008 ini bila tiada projek-projek besar malah kecil yang sangkut, wang mengalir keluar dan tidak membuat modal pusingan, bulan lepas saja sudah membuat pinjaman kecil ehsan Ibunda ku, keadaan makin genting bila aku melihat baki akaun yang tinggal untuk bulan ini RM uhuk uhuk malu nak habaq, senang citer tiada gaji lah buat aku bulan ini.
Sebenarnya masalah ni berlaku lama dah, bukan sebab kemenangan Pakatan Rakyat di Perak pon, syarikat aku ini hanya bertumpu pada sebutharga kerajaan dan syarikat glc macam TNB sahaja, quotation keluar kita serbu, kita lawan harga dengan 60-100 syarikat, ko rasa berapa kebarangkalian syarikat aku akan di-anugerahkan menang sebutharga tadi huhu matilar kawan, tuh belum masuk bab yang kaki kipas dan kaki projek dalaman (rasuah).
Aku malas nak salahkan sesiapa dalam hal ni, tuhan tu maha adil, jadi aku bertanggungjawab atas kesalahan aku sendiri, nih la akibatnya kalau malas mencari alternatif lain yakni Plan B. “atee main internet je 24 jam apa dapat” kata ayahanda ku, selepas ini mungkin aku mencari alternatif lain untuk kembali merancakkan pengaliran wang syarikat, seperti join Adsense, Main Forex, Jual handphone di laman Lelong dan Ebay, atau menjadi agen pemasangan untuk Streamyx, ya tiada mustahil jika aku berusaha, Go Go Rjuna chaiyok, huhuk 1st time takder gaji beb, semoga ini jadi pengajaran berguna buat aku dan kalian semua.
Jika kalian kasihan kat aku sudikanlah derma sedikit wang buat ku nanti aku bagi Maybank2u punya nombor akaun ya wakaka dah jadi entri rayuan syahdu pula, Tak aku main-main je, nasib baik aku masih duduk bawah ketiak family, boleh la survive.

Komen Korang