Rujukan: Pencinta Mahkamah
Lebih kurang jam 9 pagi, lokasi kamar Mahkamah, 11 Ogos 2009
Pendakwaraya: Pada sekian hari dan waktu kamu Encik Rjuna telah didapati menunggang motorsikal dengan cukai jalan tamat tempoh dan tiada perlindungan insuran, mengaku salah atau tidak?
Rjuna: Mengaku salah
Hakim wanita: kamu tahu setahun tak renew road tax boleh menyebabkan lesen B2 kamu digantung setahun
Rjuna: tak tahu puan
Hakim wanita: Apa alasan kamu tak renew road tax sampai setahun?
Paiseh mati kutu aku dibuatnya..ingat terus jatuh hukum jer, apa alasan nak bagi ni, ah jujur je la
Rjuna: Err saya sengaja..puan
Hakim wanita tadi tersenyum ketawa diikuti peguam, polis dan pesalah lain, haram jadah aku bagi jawapan salah ker
Hakim wanita: (ketawa) Oh saya ingat saya tersalah dengar..sengaja yer..tapi mesti ada sebab kan, cuba bagi alasan lain
dalam hati: siot aku dah bagi alasan paling jujur di muka bumi ni.tu pun masih tanya lagi tu..naya aku naya ![]()
…………….
Rjuna: err err saya nak jimat duit
1 dewan mahkamah gelakkan aku, babi. ![]()
Hakim wanita: Ok senyap2 gelakkan orang ya kamu semua..ada rayuan?
Rjuna: saya merayu hukuman diringankan dan denda di kurangkan puan
Hakim wanita: Lesen B2 kamu tetap digantung setahun, denda RM 100 untuk kesalahan cukai jalan tamat tempoh, dan RM 100 lagi untuk tiada perlindungan insurans, tak bayar 7 hari penjara.
Masa nak bayar denda, ramai pesalah lain menegur aku kenapa bagi alasan SENGAJA tuh, diorang usulkan bagi la alasan takde duit ke, saya orang susah ke..apa.
Aku hanya mampu tersenyum, (dalam hati: fuck la tak guna pon korang bagi cadangan, dah jatuh hukum pon)
dan terbang lah RM 200 bersama lesen memandu ku, hanya B2 yang di gantung, lesen pandu kereta hidup lagi, surat sementara diberi n tunggu lesen cop mahkamah nanti.
Pesanan: kalau korang ada saman parking tak bayar, baik bayar cepat, jangan ingat korang leh lari, dengan tak bayar, surat mahkamah sampai nanti, ada harapan berdialog dengan hakim sambil shuffle.
Incoming search terms:
- denda tiada cukai jalan
- hukuman mahkamah majistret takde cukai jalan
- hukuman memandu tanpa cukai jalan
- cukai jalan tamat tempoh saman
- tempoh cukai jalan tamat tempoh
- saman tiada road tax dan insuran
- saman jpj tiada cukai jalan
- lesen b2 digantung
- kesalahan tiada roadtax dan insurans
- kesalahan tiada cukai jalan