Tak tau nak update apa

Berjalan ke blog kawan-kawan kadang2 memberiku ilham, tapi kalau penyakit M tu datang, ko buat la camner pon aku takkan update punya, ini serius.

padahal ada je aku catit apa tajuk-tajuk yang telah aku shortlist dalam buku 555, malasnya aku weh.

baru-baru ini tersentap baca sindiran Vovin tentang Blogger Superstarz, aku petik sikit ayat dia

Saya, dan beberapa blogger yang pernah ditemui, kalau tidak banyak kali mesti pernah keluar ayat ini, “tak tahu nak tulis apa,”

Kenapa? Tulis sahaja apa-apa tanpa mengambil peduli “peminat”.

Tapi blogger sudah dijangkiti perangai selebriti.

Kerana di peringkat ini, blogger sudah berevolusi dan mempunyai “peminat”.

Lalu blogger berdiri sama tinggi dengan pelakon dan penyanyi, dari peringkat baik sehinggalah buruknya.

Benda-benda melibatkan ‘peminat’ ini datang dengan pakej hipokrasi. Nanti peminat lari. Imej dari kaca mata blog mesti dibina dengan teliti. Mesti nampak gah.

Tapi memang hati senang melihat diri dipuja peminat. Saya juga. Hati kembang. Rasa diri saya begitu macam bagus. Sayalah king of the world.

Insaf..makan dalam betul ayat dia, kena berubah ni, korang rasa Rjuna.net macam blogger selebriti tak? kalau tak takper, tapi kalau ya aku rasa bangga sikit n minta maaf huhu, lepas ni aku cuba rajin-rajinkan diri ya.

Memang aku berfikir dulu sebelum publish sesuatu, apa penerimaan orang selepas membaca? , fahamkah mereka apa yang aku tulis?, sebolehnya aku cuba memberi sesuatu dan tidak lah sekadar update kosong.

p/s= psst aku memang suka dipuji..Oh Tidak. (lihat aku dah terpengaruh OH OH OH oleh Khai)

Idea Tepu

Hai bertemu lagi kita, maaf la lama tak update, memang aku sengaja menyeksa batin korang hahaha

Terseksa wo, jiwa ko rasa nak update blog, tapi tak tau nak update apa, dah tu cerewet pulak tu, kalau orang lain dah buat tentang satu tajuk tu, mampus la aku takkan buat dah, kekadang aku rasa, aku update benda ngarut² dan sampah kat blog aku ni, terima kasih pada yang menegur.

Hai saya Sam Fisher dari NSA (game Splinter Cell)

aku jeles sebenarnya pada orang yang mampu menulis dengan spontan, idea macam mencurah je dalam kepala, gaya penulisan menarik pulak tu, ditambah sikit dengan humor dan sarkastik,

aku takde semua tu, mungkin aku blogger jadi²an kot, atau adakah aku ni blogger dari puak Lycan? (Underworld 3) ataupon puak Watson? (sifu dan tongga) An An An :razz:

Untuk memperbaiki masalah otak blank nih, semalam beli buku 555. lepas ni senang la aku nak menconteng idea² busuk yang menerjah, dulu tulis dalam kertas je simpan dalam dompet, nah sekarang leh check apa nak update, akan datang,

menulis sesuatu idea akan membantu kita ingat dalam pala otak.

Gong xi fa chai
Belum terlewat untuk mengucapkan selamat tahun baru cina, err sini ada pembaca chinese kah? cuti kali ni agak membosankan la beb, tiada aktiviti, tiada awek, tiada sahabat, tiada 3gp aik? hanya ada keluarga tercinta disisi, duduk diam je dalam bilik, membesarkan telur di rumah, saya kan anak teruna :suka:

Chikugunya kah?
Seminggu sebelum cuti tahun baru cina aku diserang demam yang kuat, selalu bila demam telan 2 biji panadol 1 biji penisilin, dan minum 100 plus esok dah kebah dah, ni tak.. dia baik kejap pastu demam tu datang balik,

simptom nya baru kena kipas sikit dah rasa sejuk macam air-cond, panas dia pulak rasa kuat semacam jer, pastu sendi² terasa sakit, aku suspek chikugunya jer, tempat aku ni (Manjung-Sitiawan) hot gak dengan denggi dan chikugunya nih, tapi bila check kat doktor, doktor tak kata apa pon, demam biasa je kot.

mungkin doktor cuba merahsiakan sesuatu dari aku agar aku tak bimbang takpun doktor itu bukan doktor sebenar agaknya, haha dah merepek pulak mamat ni.

Top 10 Kaki Komen
Kalau korang perati kat sidebar tuh, aku ada pasang ranking kaki komen blog ni, mungkin bulan Februari 09 ni aku peruntukan sedikit bajet untuk 3 kaki komen bertuah, hadiahnya rahsia le hehe, tu pon terpulang pada kerajinan aku update blog ni, berikan kritikan/komen yang membina, komentar yang ngarut² akan di delete secara kejam.

Rjuna Tanya?= korang rasa berkesan ke tak,  minum 100 Plus, boleh bantu memulihkan demam/denggi/chikugunya?

Incoming search terms:

  • 100 plus campur panadol soluible
  • 100 plus campur panadol soluble
  • air 100 plus campur panadol soluble