Skodeng IP Address anda

Apa korang buat bila line internet tiba² menjadi slow? menganjing di twitter?, mengeluh di facebook? atau maki operator dalam telefon?

ini tips untuk pengguna Streamyx ya, kalau line haritu tiba² menjadi slow,  buat cara ini, kita kasi refresh IP streamyx itu kepada IP yang baru, bagaimana?

1.Pergi ke modem streamyx modem+wifi atau modem wireless

2.Off kan modem seketika dalam 10 saat kemudian ON kan kembali

3.Insyallah kalau tiada aral melintang, line akan kembali cargas semula

OK macamana kita nak tau IP Address internet kita dan lokasi mana kita disambungkan?

Korang lawat je website ni [ http://www.ip-adress.com ] dan website tu akan memaparkan sedikit maklumat tentang IP anda macam bawah ni

ipoh mali ka? haiya gua Sitiawan maa

Jangan terkejut kalau IP anda mungkin dibaca lokasinya di Kuching, Kelana Jaya, Penang malah Australia, nak tau lebih lanjut tanya orang TM, aku tak tau hehe, try restart modem cara diatas nombor IP anda akan berubah kerana Streamyx kebanyakkan menggunakan Dynamic IP (IP nya boleh bertukar²)

Haritu ada tanya dengan blogger Mohd Isa tentang satu plugin wordpress yang dia gunakan, plugin ni boleh menunjukkan Jenis Browser, Sistem dan Lokasi dalam ruangan komen, mungkin korang nak cuba,jom share² yer

+ [ Comment Info Detector ] plugin wordpress, Selamat Mencuba :kiss:  :$:

bila Abg Juju & Beliamuda pergi Australia nih? jeng jeng

Incoming search terms:

  • streamyx ip address
  • laju streamyx
  • streamyx ip address setting
  • streamyx laju
  • ip address laju
  • ip address streamyx
  • ip laju
  • best streamyx ip address
  • ip address for streamyx
  • modem terbaik untuk streamyx

Perang Berukband (Jalur Lebar)

Aku ingat pasaraya besar je ada perang iklan dan harga, rupanya berukband pon ada, takpe kadang2 meriah juga, melihat kebijaksanaan mereka menarik pelanggan melalui iklan, pelanggan menjadi juri kali ini.

Sudah Potong?P1 memulakan perang ini dengan iklan potong kabel telefon, ok kabel telefon siapa lagi kalau bukan TM, dan kabel kaler oren (warna korporat Streamyx) kah kah, bagus juga ada saingan, monopoly Streamyx harus dipecahkan, agar ia tak jadi barah ke seluruh negara.

Tergelak aku tengok iklan ni kat TV, Awesome!! kelakor lawak double-meaning diorang, kalau korang perhati ada makcik sebut ayat kegemaran Celcom, BERBALOI-BALOI haha sinis, ceh suh potong celcom berukband rupanya.

{paiseh tertaip panjang pulak, klik sini untuk baca lagi, klik iklan saya suka hati}

Incoming search terms:

  • berukband malaysia
  • jalur lebar nasional review
  • perang p1 dan streamyx
  • perbezaan celcom dan streamyx

Epilog seorang pengurus

boss in the making

Peh tajuk macam judul lagu daa, aku jarang bercerita tentang hal-hal peribadi sejak akhir-akhir ini, dedikasi entri ini buat AbdFatah yang suka men-tag aku dengan tag yang bukan-bukan, nah hadam ko cerita jiwa kacau aku ni rasakan.

Nama aku Jamil bukan nama sebenar, bertugas sebagai Pengurus untuk sebuah syarikat Ayahkupunya Sdn Bhd, juga bukan syarikat sebenar. Menjadi pengurus syarikat bukan lah pilihan kerjaya aku sebenarnya, tapi oleh kerana dah tiada kelulusan dan sememangnya aku anak bertuah, maka ditakdirkan menjadi antara waris kepada empayar perniagaan keluarga ku ini, ada 2 syarikat, satu ayah ku dan satu aku.

Memulakan perniagaan sejak 2002 hingga kini, tiada pencapaian membanggakan telah aku buat untuk syarikat ini, syarikat ini juga pemalas seperti tuannya, harapkan sebutharga kerajaan saja, tender malas nak cari. Keadaan semakin teruk tahun 2008 ini bila tiada projek-projek besar malah kecil yang sangkut, wang mengalir keluar dan tidak membuat modal pusingan, bulan lepas saja sudah membuat pinjaman kecil ehsan Ibunda ku, keadaan makin genting bila aku melihat baki akaun yang tinggal untuk bulan ini RM uhuk uhuk malu nak habaq, senang citer tiada gaji lah buat aku bulan ini.

Sebenarnya masalah ni berlaku lama dah, bukan sebab kemenangan Pakatan Rakyat di Perak pon, syarikat aku ini hanya bertumpu pada sebutharga kerajaan dan syarikat glc macam TNB sahaja, quotation keluar kita serbu, kita lawan harga dengan 60-100 syarikat, ko rasa berapa kebarangkalian syarikat aku akan di-anugerahkan menang sebutharga tadi huhu matilar kawan, tuh belum masuk bab yang kaki kipas dan kaki projek dalaman (rasuah).

Aku malas nak salahkan sesiapa dalam hal ni, tuhan tu maha adil, jadi aku bertanggungjawab atas kesalahan aku sendiri, nih la akibatnya kalau malas mencari alternatif lain yakni Plan B. “atee main internet je 24 jam apa dapat” kata ayahanda ku, selepas ini mungkin aku mencari alternatif lain untuk kembali merancakkan pengaliran wang syarikat, seperti join Adsense, Main Forex, Jual handphone di laman Lelong dan Ebay, atau menjadi agen pemasangan untuk Streamyx, ya tiada mustahil jika aku berusaha, Go Go Rjuna chaiyok, huhuk 1st time takder gaji beb, semoga ini jadi pengajaran berguna buat aku dan kalian semua.

Jika kalian kasihan kat aku sudikanlah derma sedikit wang buat ku nanti aku bagi Maybank2u punya nombor akaun ya wakaka dah jadi entri rayuan syahdu pula, Tak aku main-main je, nasib baik aku masih duduk bawah ketiak family, boleh la survive.

Incoming search terms:

  • aku seorang pengurus
  • gaji pengurus projek
  • gaji seorang pengurus projek
  • IKATAN DAGANG SDN BHD
  • pengurus projek malas