Barca V United

Barcelona Vs United

Ramai fans United dah apply cuti Khamis esok, yang benci United pun pakat cuti ramai² sokong Barcelona (memang selalu camtu), seandainya UNITED menang ini bonus buat kami dan kalau kalah itulah adat pertandingan, kalah kena la ngaku beb.

Ini pertembungan 2 kelab Juara yang terkenal dengan corak menyerang yang digeruni, ianya sudah pasti menjanjikan kepuasan tahap maksima, ibarat buku bertemu ruas la katakan, aku harap perlawanan kali ni tak ditamatkan secara penalti macam tahun sudah, kalau tak .. subuh berjemaah kita di Mekdi beb (yo lah tu)

Aku dan Isa akan berada di Mekdi Manjung jam 2.45 pagi nanti, siapa nak jumpa aku jom, jom pakat ramai² memeriahkan suasana Final Liga Juara² ni, tak maskulin la tido awal wei, aper barang tengok bola kat rumah sorang² je kan?

Glory² Man UNITED :evil: :up:

Glory Glory Man United CHAMPIONS 09

Akhirnya Manchester United menjadi juara buat kali ke-18 dalam sejarah penubuhannya, kejayaan ini meranapkan harapan 3 kelab besar lain seperti Liverpool, Chelsea dan Arsenal yang sekian lama bercita-cita merampasnya, korang cuba lagi musim depan ya.

Manchester United Champions09

Untuk berjaya seperti United, anda perlukan Pengurus berpengalaman, pemain berkualiti (bukan star), jurulatih & Staff terbaik dan sedikit keajaiban (nasib).

Mari kita lihat kronologi perjalanan United untuk bergelar JUARA liga untuk musim 08/09 ini.

{woi tak habis lagi meh baca lagi..}

Manchester United Juara BPL 2007/08

Manchester United Champion BPL 2007/08

Manchester United mengekalkan kejuaraan mereka musim lalu dengan penuh debaran musim ini, siapa akan lupa pertarungan antara 4 kelab gergasi liga Inggeris di penghujung musim ini, Man United menewaskan Arsenal, kemudian menumpaskan Liverpool, tetapi kemudian ditewaskan Chelsea yang akhirnya berkongsi mata dengan Man United, cukup emosi tatkala kata-kata provokasi singgah di telefon bimbit mahupun blog.

Aku pasti kalau Chelsea menang 1-0 dengan Bolton, penyokong Chelsea-Liverpool-mahupun Arsenal akan berkata “alah menang nasib je, lebih gol” wah aku takleh terima bila team yang kita sokong, susah payah nak menang dikatakan NASIB? Nyata takdir sudah tertulis, Chelsea menangis kehampaan apabila gol minit ke 90 Bolton menjadikan keputusan seri 1-1, tetkuburlah harapan mereka dan pembenci MU sekalian, cuba lagi musim depan ya.

Apapun pertarungan dua kelab ini masih belum usai, saingan Liga Juara-Juara di Moscow pasti sengit 21 May nanti, Marilah sokong Manchester United untuk kejuaraan berganda Glory-Glory Man United.

P/s= Sokong United sejak bermain video game FIFA, waktu tuh lepas abis sekolah tahun 2000.