Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua,
Kita sudah sampai ke penghujung bulan Februari, seperti dijanjikan dalam entri 31 Januari 2009-Idea Tepu , aku ingin mengumumkan 3 orang pemenang untuk contest kaki komen bertuah blog Rjuna.net bulan ini.
Ok sepatutnya kalau sebut bab BERTUAH, bukan bermakna siapa paling banyak komen yang akan menang, selalunya pemenang bertuah, akan di tentukan menerusi cabutan, dan ia lebih kepada nasib.
Berlaku satu masalah semalam, aku terlambat nak print-screen Top 10 kaki komen untuk akhir bulan februari 2009, pertukaran bulan Februari kepada Mac telah menyebabkan plugin kaki-komen secara automatik bertukar menjadi zero, sebab telah di set kepada ‘Monthly’ mode.
Justeru selaku penganjur, aku mengambil keputusan memilih pemenang menerusi komen 3 orang yang terbanyak, dan mereka adalah..

Zelo55 (21 komen), Azmil (20 komen), dan An2blur (19 komen)
Tahniah anda bertiga telah memenangi wang tunai sebanyak RM10 setiap seorang, pemenang akan dihubungi oleh saya sendiri melalui email.
Yang tak menang jangan makan hati ok, aku sebenarnya rasa ralat juga tak bagi korang apa-apa, at least belanja choki-choki sebungkus sorang ke kan?. Boleh cuba lagi bulan Mac ni ok.
Jumlah komen pon dah bertambah, jadi peraduan ini diteruskan kembali mulai 1hb-31hb Mac 2009, tapi kali ni siapa komen paling banyak pon belum tentu menang, sebab aku akan guna sistem Random Number Generator, sistem yang akan memilih secara rawak melalui list Top 10 Kaki Komen.
Doakan aku murah rezeki, kaya idea, dan slim (eh apa kena mengena) :razz:
Plugin Show Top Commentator (WordPress Only)