2008 hampir malabuhkan tirai nya, banyak peristiwa suka duka telah aku lalui tahun ini seperti, angau jatuh cinta, masuk mahkamah, reunion sekolah lama, kawan kawen dan banyak lagi, tak dapat aku nyatakan semua.
Namun semua tu tak dapat tanding rasanya bila dapat berjumpa sahabat-sahabat ku, sahabat aku ni tak ramai, boleh dibilang dengan jari sebenarnya, mereka terdiri dari kawan2 lama satu sekolah dulu, Apek, Ejoy, Zizy dan Isa

Dalam dunia ni cukuplah kalau korang ada 1 sahabat yang menerima kau seadanya, dan menegur salah silap kau, sahabat yang boleh berkongsi suka-duka, menyokong kau saat diperlukan, aku tak pasti bilakah persahabatan kami ini akan di uji tuhan, hope takdelah sampai putus kawan kan?
Baru-baru ni kami ada berjumpa sekejap dalam cuti kenduri kawen seorang kenalan sekolah dan cuti sebelum aidiladha, lepak seketika bercerita tentang diri masing masing, karok, bergambar sakan, dan main go kart.
Sedikit trivia tentang sahabat aku:-
Apek- yang paling rapat, dah cam awek aku dah dia ni aik? hahaha, selalu ber-sms dengan dia, segala masalah suka-duka, dia lah 1st aku bagitau.
Ejoy- orang pertama jadi kawan masa kat sekolah dulu, ramah, berkepimpinan, pengalaman banyak ni, nak kawen dah.
Zizy- dulu kat dorm tak rapat sangat, pernah jadi posmen dia, sedih gak bila dia clash dengan awek lama dia, kami jadi rapat lepas tu.
Isa- baru rekrut jadi sahabat, paling dekat kalau nak diajak berfoya-foya, tuh karok, bowling, go kart hah semua dia lah ajar.
*Fakta atau Auta= Lelaki dan Perempuan tak boleh jadi sahabat baik kerana perangkapnya ialah Cinta. Betulkah?
Incoming search terms:
- diari tentang kawan
