Barca V United

Barcelona Vs United

Ramai fans United dah apply cuti Khamis esok, yang benci United pun pakat cuti ramai² sokong Barcelona (memang selalu camtu), seandainya UNITED menang ini bonus buat kami dan kalau kalah itulah adat pertandingan, kalah kena la ngaku beb.

Ini pertembungan 2 kelab Juara yang terkenal dengan corak menyerang yang digeruni, ianya sudah pasti menjanjikan kepuasan tahap maksima, ibarat buku bertemu ruas la katakan, aku harap perlawanan kali ni tak ditamatkan secara penalti macam tahun sudah, kalau tak .. subuh berjemaah kita di Mekdi beb (yo lah tu)

Aku dan Isa akan berada di Mekdi Manjung jam 2.45 pagi nanti, siapa nak jumpa aku jom, jom pakat ramai² memeriahkan suasana Final Liga Juara² ni, tak maskulin la tido awal wei, aper barang tengok bola kat rumah sorang² je kan?

Glory² Man UNITED :evil: :up:

ɥn7nʇ ƃɐʇ ıƃɐן ıƃɐן

Aku suka No.7 :cool: , sebenarnya tag ni dari Erlizawani Jasmi, tuh dia nama tak hengat, kesian aku tengok blog dia asik kena tag je kerjanya, jadi aku jawab la tag dia ni dengan penuh jujur, berani mati, ego, dan terlebih perasan.

Buat Erliza kekasih gebu ku, ku harap kau belanja aku ayam goreng Mekdi pasni.

1. 7 ciri wanita/lelaki idaman anda

a. Pandai Masak
b. Comel
c. Manja
d. Simple
e. Garang sikit
f. Suka budak-budak
g. Mantap dan Baik Punyeerr

2. 7 wanita/lelaki yang pernah anda minati sepanjang hidup

a. Awek masa darjah 6, lupa nama
b. Siti Nurhaliza
c. Anita Baharom
d. Sazzy Falak
e. Aida Azura
f. Wardah
g. ɐuıɹpɐq

3. 7 perasaan sekiranya keluar dengan seseorang yang anda minati

a. Dup Dap Dup Dap
b. Blur
c. Risau
d. Seronok Dua Ronok
e. Gabra
f. Simpati
g. Ghairah

4. 7 tempat istimewa yang ingin dilawati bersama pasangan anda

a. Makkah dan Madinah
b. Bali
c. Genting Highland
d. KLCC
e. Singapura
f. Langkawi
g. Sabah dan Sarawak

5. 7 barangan/sesuatu istimewa yang mungkin akan anda hadiahkan kepada pasangan anda

a. Cincin Platinum
b. Ipod Touch
c. laptop compaq
d. HP Sony C902
e. Toyota Caldina
f. Bunga Camelia dan Tuber Roses
g. Buku Panduan Rahsia Jimak

6. 7 tajuk lagu yang akan anda dedicate untuk pasangan anda

a. Bau – Warkah
b. D’masiv – Cinta Ini Membunuhku
c. Barry Manilow – I Cant Smile Without You
d. M.Nasir – Suatu Masa
e. Rossa – Terlalu Cinta
f. Reza & Masaki Ueda – Biar Menjadi Kenangan
g. Samudera – Bila Diburu Kenangan

7. 7 rakan yang anda tag dan mahu mereka membuat perihal 7 ini. mereka mesti diberitahu akan perihal ini.

Aku malas nak tag orang lagi, ok aku ubah sikit, 7 peng-komen terawal entri ini diwajibkan buat TAG ni, haha matilah takde orang komen :grin:

Subuh yang indah buat Manchester United

Manchester United UEFA Champ League

We are the Champions my friend
And we’ll keep on fighting till the End
We are the Champions
We are the Champions
No time for Losers (Chelsea-Arsenal-Liverpool-all MU haters)
Coz we are the Champions of the world

Nyata pengorbanan aku menonton final bersama teman-teman di McD dibalas dengan kejayaan Manchester United merangkul 1 lagi kejuaraan musim ini, Liga Juara-Juara Eropah.

Final ini sungguh dramatik dan mencemaskan, ah rugi aku tak snap gambar suasana di mekdi tadi, kami bersorakan pada akhir perlawanan, restoran riuh bagaikan kami yang punya.

Lantak la korang nak kata apa pon, menang nasib ke, lucky ke apa, ada aku kisah? peluang menang sama rata je sebenarnya sudah menjadi adat pertandingan mesti ada kalah dan menang, dan yang menang ialah MU dan kalah ialah Chelsea, sudah tertulis diatas SANA terimalah dengan redha.

Terima Kasih John Terry dan Van Der Sar kerana menamatkan penantian 9 tahun piala ini, Glory Glory Manchester United