BerTwitter menggunakan Echofon (untuk Newbie)
Halluuu Assalamualaikum, sekarang tibalah masa segmen tutorial bersama abang Juju.
Ok kali ni bang Juju nak tunjuk pada adik-adik yang baru nak berjinak jinak dengan twitter betapa seronoknya bertwitter menggunakan aplikasi Echofon. dulu Echofon ni dikenali sebagai Twitterfox.
Sebenarnya Twitter dekat laman web asal itu memang boring, sebab mesej dia tak auto-refresh dan kena buat refresh manual, nak tau dulu bang juju nak reply twitter pon tak reti tau, tapi sekarang bang juju dah expert dan otai hehe.
Ok apa yang perlu korang ada untuk ikuti tutor ini adalah
a.dah daftar akaun di twitter.com
b.Mesti guna Firefox 3.0 atau latest
c. berani mencuba
d. klik ads nuffnang bang Juju wakaka
1.Install dari sini http://echofon.com apa? tak reti install ish ish manja nya korang nih.
Resolusi 2008
sepah gila meja aku
Berakhir sudah 2007, tahun 2008 kini menjelma, bertambah lagi usia kita kawan-kawan, diharap anda sihat hendaknya, aku baru saja diserang selsema, tu lah ligat sangat malam semalam, aku keseorangan tanpa teman di malam tahun baru, tanpa teman, tanpa awek disisi, hanya sms dari kawan-kawan mengubat sepi, selamat tahun baru buat kalian semua
Nasib baik tahun ni ada bunga api kat lumut (maaf tiada gambar, aku snap tapi nampak huduh), aku rasa bunga api tuh datangnya dari orang ramai juga, Majlis Perbandaran Manjung kedekut nak bazir duit kot, tiada pertunjukan menarik pon di Lumut Waterfront (Taman Awam di Jeti Lumut), aku je menyibuk, saja nak ambil angin pantai sambil lepak-lepak, jalan seorang diri di tengah ramai orang memang membosankan, tapi aku suka
berbalik kepada blog ini
Tiada laporan tahunan untuk blog ini kerana masih belum setahun jagung penubuhannya, lagipon blog ni jarang di update, maaflah aku memang blur dan cerewet, tahun ni aku rajin2 kan diri aku nih menulis untuk korang baca, ok bercakap pasal resolusi/azam tahun ni, aku dah senarai pendek sedikit, apa yang aku mahu dalam tahun 2008 nih ya
- Menurunkan berat badan
-bukan untuk tukar badan jadi kurus yek, cuma paling koman 90-100kg aku capai, itu sudah cukup motivasi untuk ke bentuk badan yang disukai calon isteri - Memilikki PSP atau PS2
-aku dah jenuh main game pc, ade je spec kaw kaw yang diorang nak, padahal laptop aku Celeron M je - Kembali belajar
-Aku tak pasti benda nih leh tercapai ke tak, tapi aku memang nak sambung belajar, ada la support kalau terdesak atau kecemasan nanti, tiket anak bos belum menjanjikan kesenangan di hari tua wei. - Update blog 2x seminggu
-Ya ini untuk kalian pembaca budiman, aku akan realisasikan (jangan cakap je), aku sumbat jela apa yang ada janji..batu (rock) - Reunion kawan2 sekolah lama
- Dengan situasi kawan2 yang ramai dah kahwin, agak sukar menemukan semua dalam satu-satu masa, tapi ia mudah bila ada salah sorang nak kahwin, dan kita boleh berjumpa disitu, jangan yang datang 2-3 kerat je, punahla harapan gua. - Berpijak atas kaki sendiri
-Yeah perniagaan, aku semakin suka dengan dunia membabitkan bisnes ini, Cuma ada sedikit masalah adik manis, aku nak berniaga apa ya? Lupakan MLM dan kad Prepaid, aku sudah jemu. (ni leh jadi angan mat jenin) keinginan sudah ada, syarikat sudah ada, mari cuba realitikan. - Sport Rim plus tayar 17 inci
-Kalau rezeki tahun ni mencurah-curah, aku akan pasang 1 set rim dan tayar baru untuk myvi ku yang terchenta, aku akan pastikan awek-awek menoleh 2 kali dan brader2 kereta terliur seraya bertukar kereta seperti ku
Inilah impian aku untuk tahun ini, doakan semoga tercapai hendaknya, kalau tak tercapai belasah la gua seadanya wakaka
)
Apakah tahun harapan anda untuk blog picisan ini tahun 2008, suarakan di bawah ya?

