Rahsia Tarikh Lahir anda

Lupa jumpa software ni kat mana. Tapi bila baca detail yang diberi memang macam sejibik Abg Juju punya karekter. Terbongkar sudaa rahsia juju :blush:

kalau korang ada tarikh lahir awek²/balak, boleh try baca personaliti diorang, alah jangan ambil serius sangat, for fun je pon, tak semestinya 100% tepat.

Rahsia Tarikh Lahir [SEDUT]

Anda umpama binatang Sumpah²  :w00t:

Yup juju memang sukar diduga orangnya, esok lusa kalau nampak aku lain macam sikit, atau tetiba nampak muka juju macam nak lempang orang, baik korang lari cepat (tipu jer)

tang pemurah tu tak kot, aku kemut sikit (jujur) kalau duit tengah sengkek (cth: belanja member), tak caya tanya member abg juju.

Anda mempunyai nasib yang sangat baik tetapi  juga boleh menderita akibat terlalu bergantung pada nasib dan perasaan (mood)

Alamak sama siot. software ni hantu ke apa ni :ermm:

Selamat mencuba :devil:

Pesanan: 7 Ogos nanti siap² beli hadiah untuk abg juju, bila lagi nak dapat hadiah dari pembaca kan? kui kui kui  :tongue:

Incoming search terms:

  • rahsia tarikh lahir
  • ramalan tarikh lahir
  • ramalan tarikh lahir 2011
  • tarikh zodiak
  • zodiak tarikh lahir
  • tarikh lahir anda
  • nombor bertuah mengikut tarikh lahir
  • rahsia tarikh lahir pasangan
  • rahsia tarikh lahir pasangan anda
  • ramalan tarikh lahir 2012

Kaseh diterima 07 08 09

Terima kasih buat kalian semua yang tak jemu-jemu mengucapkan selamat di hari lahir ku yang lalu,

Ada yang ucap di blog, di Fesbuk, di Tagged, di forum-forum yang aku daftar, di email,  di sms, korang memang yang terbaek lah, 7 Ogos adalah hari paling gumbira buat aku, senyum sampai ke telinga tu beb, takde awek takpe asalkan ada sahabat dan kawan yang masih mengingati aku, sayang korang doploh menet. :suka:

berikut adalah hadiah yang sempat aku terima, sempena hari jadi ku yang lalu (hehe show-off)

rjuna hadiah hari jadi 07 08 09

1.Kentaki
Dihadiahkan oleh ayahanda ku, berbalas hadiah nampaknya, haritu hari jadi dia aku belanja kentaki gak, saja nak bagi adik aku yg 2 orang tu (sikochan & pawaka) jeles hingga menjilat laptop haha, nak buat camner korang jauh merantau mencari ilmu hehe

2.Topup
Mamat ni suka buat sup+rice, teringat masa kat asrama dulu dia pernah buat jamuan 1 dorm makan kuey teow, pastu pas makan aku kena rumble secara berjemaah, cisdel perangkap rupanya, tapi tahun ni dia gagal merumble aku secara sms, disebabkan ko lupa, meh belanja topup aku haha (aku tipu) dia yang kasi secara mengejut, thanx buddy Khairul Hazizy Shahar.

3.Roborovski
Comel tak, ia sejenis hamster dari puak Robo, ketot n cute sangat, badan bulat lari nak laju, hehe tak dapat laa, aku memang mengidam nak bela menatang ni, asyik tangguh jer nak beli, sekali adik pompuan dapat tangkap apa yang aku idamkan daaa, ni pon berbalas hadiah nampaknya, februari lepas aku hadiahkan dia hamster dari puak Syrian, thanx adik bongsu ku Nabila.

4.Kain ela baju raya
Tu hadiah dari bonda ku, tahun lepas pon hadiah kain gak, kali ni hadiah kain lagi, takpe mak along terima, ingat nak beli baju dah siap jer kat kamdar, sekali pakai muat, tapi sendat lah pulak, kena tempah la jawabnya ni, haish bila ko nak kurus ni Rjuna oit.

#Wishlist Rjuna: Jersey Man. United 09/10, Iphone 3Gs, Laptop baru, Rim Myvi 16-17 Inch, Robot R2D2.

Kenali sifat orang yang lahir di bulan Ogos menurut kajian Dato’ Dr Hj Fadzilah Kamsah

-Suka buat lawak
-Orang mudah tertawan kepadanya
-Sopan santun dan caring terhadap orang lain
-Berani dan tidak tahu takut
-Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan
-Pandai memujuk orang lain
-Nilai harga diri yang sangat tinggi
-Semangat juang yang luar biasa
-Daya pemerhatian yang tajam & teliti
-Cepat berfikir
-Fikiran yang berdikari
-Suka memimpin & dipimpin
-Romantik ,pengasih,penyayang
-Berbakat dalam seni lukis,hiburan & silat
-Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit
-Suka mencari kawan

-Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk
-Cepat marah & mudah mengamuk
-Mudah marah apabila cakapnya dilawan
-Sangat cemburu
-Sikap kelam kabut
-Terlalu pemurah & bersikap Ego
-Ada sifat suka berangan
-Dahagakan pujian

Blogger yang lahir di bulan Ogos

Khai, Chokilala, Wiwita, Ryehana, MohdIsmail, Nad …(kalau ada blogger lain bagitau ya)