Hijrah 1430H

Selamat tahun baru semua, aku memilih hari ini sebagai tahun baru ku, lazimnya guna kalendar masihi kan?, tapi apa salahnya kita tukar sikit guna kalendar Islam, gantikan azam dengan hijrah.

Seperti biasa sebelum awal muharram, mak aku akan panggil anak-anaknya semua depan tv, baca doa awal tahun dan akhir tahun, semoga tahun baru ini lebih baik dari tahun sebelumnya, amin.

Soalan wajib untuk entri ini ialah Apa azam baru ko Rjuna oit? sebelum menjawab pertanyaan tu, aku bentangkan semula resolusi aku untuk tahun 2008, nak tengok apa yang dah tercapai dan apa yang belum.

Setelah aku fikir2 balik baik aku teruskan je mana yang belum tercapai sebagai hijrah aku untuk tahun 1430H ni

Hijrah 1430H {Rujukan = Resolusi 2008}

1.Menurunkan berat badan 90-100kg :hampeh:
- Gagal kerana tidak konsisten bersenam dan motivasi jatuh, penurunan sedikit sahaja dari 110kg kepada 105Kg

Clenx Tea

Hijrah= kata ejoy minum teh ni leh kurus, aku cuba la dulu, apa2 terjadi kat aku si ejoy tanggung ya hehe

2.Memilikki PSP :hampeh:
- Kegagalan menguruskan kewangan dengan baik, jangan mimpi la ko rjuna, tapi baru-baru ni beli henpon baru, aik?

Hijrah= Perlukah PSP?, aku minat-minat juga tapi belum pernah main-pegang-rasa, jadi rasa nak beli tu kurang, ah banyak soal lah ko rjuna, soalnya ko nak ke taknak skang hehe.

3.Kembali belajar :hampeh:
- Misi ini pon gagal juga.

Hijrah= aku bawa ke hijrah tahun baru, sebab dah nampak apa yang perlu aku pelajari dan minat, Adobe Photoshop dan Illustrator, doakan aku ya kawan-kawan.

4.Update blog 2x seminggu :up:
- Ok yang ni berjaya, update telah dibuat seminggu sekali mulai tahun ini 2008, syabas

5.Reunion kawan2 sekolah lama :up:
- Dapat jugak jumpa kawan2 sekolah lama di SMP TLDM Lumut, ada yang dah tak kenal pon ada.

6.Berpijak atas kaki sendiri :hampeh:
- Masih lagi bergantung pada keluarga untuk hidup, bila nak berdikari nih?

Hijrah= umur sudah meningkat malu lah berkepit dengan mak ayah lagi, ayuh rjuna, perubahan perlu disini.

7. Sport Rim+Tayar 17 Inci Myvi :hampeh:
- Ada duit gatal beli henpon baru, padan muka, kan Si Merah dah merajuk hehe

Si Merah

Hijrah= aduh sengal mata aku tengok rim myvi lain, sabar ye sayang ku merah, nanti abang belikan, I promise ok?

*Fakta atau Auta= Kata seorang motivator terkenal, sesuatu habit atau perkara baru dalam hidup anda, perlu dilakukan berterusan sekurang kurangnya 48 jam (2 hari) supaya jadi ingat dalam kepala otak.

Incoming search terms:

  • teh kurus
  • myvi merah
  • teh untuk kurus
  • myvi baru merah
  • semua tea kuruskan badan

Resolusi 2008

desktop ku
sepah gila meja aku

Berakhir sudah 2007, tahun 2008 kini menjelma, bertambah lagi usia kita kawan-kawan, diharap anda sihat hendaknya, aku baru saja diserang selsema, tu lah ligat sangat malam semalam, aku keseorangan tanpa teman di malam tahun baru, tanpa teman, tanpa awek disisi, hanya sms dari kawan-kawan mengubat sepi, selamat tahun baru buat kalian semua :D

Nasib baik tahun ni ada bunga api kat lumut (maaf tiada gambar, aku snap tapi nampak huduh), aku rasa bunga api tuh datangnya dari orang ramai juga, Majlis Perbandaran Manjung kedekut nak bazir duit kot, tiada pertunjukan menarik pon di Lumut Waterfront (Taman Awam di Jeti Lumut), aku je menyibuk, saja nak ambil angin pantai sambil lepak-lepak, jalan seorang diri di tengah ramai orang memang membosankan, tapi aku suka :P

berbalik kepada blog ini

Tiada laporan tahunan untuk blog ini kerana masih belum setahun jagung penubuhannya, lagipon blog ni jarang di update, maaflah aku memang blur dan cerewet, tahun ni aku rajin2 kan diri aku nih menulis untuk korang baca, ok bercakap pasal resolusi/azam tahun ni, aku dah senarai pendek sedikit, apa yang aku mahu dalam tahun 2008 nih ya

  1. Menurunkan berat badan
    -bukan untuk tukar badan jadi kurus yek, cuma paling koman 90-100kg aku capai, itu sudah cukup motivasi untuk ke bentuk badan yang disukai calon isteri
  2. Memilikki PSP atau PS2
    -aku dah jenuh main game pc, ade je spec kaw kaw yang diorang nak, padahal laptop aku Celeron M je
  3. Kembali belajar
    -Aku tak pasti benda nih leh tercapai ke tak, tapi aku memang nak sambung belajar, ada la support kalau terdesak atau kecemasan nanti, tiket anak bos belum menjanjikan kesenangan di hari tua wei.
  4. Update blog 2x seminggu
    -Ya ini untuk kalian pembaca budiman, aku akan realisasikan (jangan cakap je), aku sumbat jela apa yang ada janji..batu (rock)
  5. Reunion kawan2 sekolah lama
    - Dengan situasi kawan2 yang ramai dah kahwin, agak sukar menemukan semua dalam satu-satu masa, tapi ia mudah bila ada salah sorang nak kahwin, dan kita boleh berjumpa disitu, jangan yang datang 2-3 kerat je, punahla harapan gua.
  6. Berpijak atas kaki sendiri
    -Yeah perniagaan, aku semakin suka dengan dunia membabitkan bisnes ini, Cuma ada sedikit masalah adik manis, aku nak berniaga apa ya? Lupakan MLM dan kad Prepaid, aku sudah jemu. (ni leh jadi angan mat jenin) keinginan sudah ada, syarikat sudah ada, mari cuba realitikan.
  7. Sport Rim plus tayar 17 inci
    -Kalau rezeki tahun ni mencurah-curah, aku akan pasang 1 set rim dan tayar baru untuk myvi ku yang terchenta, aku akan pastikan awek-awek menoleh 2 kali dan brader2 kereta terliur seraya bertukar kereta seperti ku

Inilah impian aku untuk tahun ini, doakan semoga tercapai hendaknya, kalau tak tercapai belasah la gua seadanya wakaka :))

Apakah tahun harapan anda untuk blog picisan ini tahun 2008, suarakan di bawah ya?