Diari Rjuna part 2 July 12th, 2008
Assalamualaikum dan hai kawan2 semua, semoga kalian sihat-sihat hendaknya, maafkan aku kerana jarang-jarang update, pada yang selalu lawat blog aku ni setiap hari setiap waktu setiap jam dan saat, aku tabik spring toing kat korang,
Blog ini semakin menghampiri usia setahun jagung nya, kalau ada input atau cadangan, jangan segan2 nak komen, aku di rjuna.net tidak sekali-kali men-delete komen korang tanpa sebab, komen jangan tak komen. kali ini aku rangkumkan sedikit apa yang terjadi dalam kehidupan ku akhir-akhir ini, fungsi asal blog juga seperti diari sebenarnya, tulislah apa yang terbuku di hati korang asalkan jangan menabur fitnah dan menulis cerita bohong.
kerja part time
aku mencari kerja part time sebenarnya mahu menyelesaikan hutang2 kad kredit ku, yeah aku lah manusia bodoh kerana membelanjakan wang riba untuk kesenangan diri sendiri, kini hutangku sudah mencecah RM6k, dan aku sudah serik, masa pinjam memang la seronok, tapi time nak bayar huh memang sakit.
buat masa ni masih belum dapat kerja yang bersesuaian dengan masa kerja yang aku mahu, target nak part time kat 7 Eleven, tapi dah disambar orang lain, Giant pulak tak buat part time kata HR dia, mungkin lepas ni tumpuan aku ke arah McD or KFC, tak pun berniaga di lelong or ebay, ya Allah bantulah aku melangsaikan hutang piutang ku ini.

cek ke-dua Nuffnang
Yeah cek kedua Nuffnang sudah sampai, keyakinan aku bertambah-tambah terhadap potensi pegiklanan online mereka, berbanggalah kamu ahli kelab eksklusif Glitterati, kali ini aku menyiarkan jumlah yang aku terima, bukan nak menunjuk tapi sekadar bukti blogger main2 pon leh buat duit apa, pada yang belum lagi cukup amaun untuk cash out, berusahalah, wang takkan datang bergolek, tapi pakai posmen hahaha.
cinta yang tak dianggap
yeah akhirnya sampai bab cinta dalam blog aku, aku jatuh cinta pada seseorang, namanya biarlah aku saja yang tahu, kami pernah sekolah rendah bersama dahulu, jumpa kembali dalam YM, dan pernah keluar bersama sekali Jun lepas, cuma akhir akhir ini aku mula perasan yang cintaku macam aku sorang je yang feel, dia tak pernah pon ambil tahu pasal hidup aku atau ambil tahu latar belakang keluarga ku, aku pulak yang lebih lebih, jadi aku ambil keputusan berterus terang dari memendam rasa, sekarang semuanya sudah jelas dan setelah berbincang, kami masih kawan dan skandal hehehe (aku lama tak update blog sebab tengah angau la beb wakaka, patutlah)
Tips:
Bila bercinta jangan berikan 100% hati anda pada si dia, nanti berlaku apa-apa di masa hadapan anda tak rasa sakit hati sangat, beri pada si dia 50% sahaja, 50% lagi beri bila dah kahwin nanti. ewah pandainya dia.