Archive

Posts Tagged ‘Opera’

Warning: Low Memory (Firefox 3.5)

July 13th, 2009 28 comments

Hai bertemu lagi :)

Kali ni aku nak menceritakan tentang masalah yang berlaku di browser firefox aku dalam seminggu yang lepas.

Untuk pengetahuan korang Firefox adalah browser kesayangan aku, sebelum ni takde masalah pon yang berlaku, pelayar ni berkhidmat dengan penuh cemerlang hingga tersebut-sebut dalam mimpi.

Tapi bila sudah upgrade ke versi 3.5 ni dia mula buat perangai, dah la twitterfox dia buat perangai haritu, sekarang dia pulak nak bermanja dengan aku, hei masalah betul, asal bukak web page yang berat sikit & ada javascript dia mula bagi warning macam kat bawah ni, bukak Redtube takde pulak dia warning, pelik sungguh.

warning low memory

macam-macam cara dah aku buat, check virus, buang cache & cookies sampai tahap uninstall delete pastu Install balik Firefox pon, warning diatas masih muncul mengganggu, stress pon ada sekejap, korang ada cara tak nak tasi masalah warning tu?

Kerana Firefox mula merajuk, kini aku mula berjinak-jinak dengan Google Ghrome dan Opera

Hasil Ujian aku mendapati

Firefox 3.5 (26.34mb) = Telah ditambah fungsi Tab macam Chrome, masih laju dan safety cuma ada masalah macam aku cerita diatas, hope mozilla dapat fix kan problem tu (atau aku punya laptop jer yg problem ni?)

Google Chrome (59.83mb) = Agak berat bila loading, sesuai untuk pc or laptop yang ada memori atau RAM yang besar, browser ni aku simpan je kalau ada keperluan.

Opera 9.64 (6.06mb) = Aku mula jatuh cinta dengan browser ni, pantas, ringan dan tak banyak songeh, mungkin aku akan beralih guna ni kalau firefox masih problem. Kami tak besar dan kami tak kuat bila bekerjasama kami jadi…sambung sendiri hehe i like :up:

Internet Explorer?= Lupa pulak haha sebenarnya aku dah lama tak guna IE, IE6 masih lagi ramai yang guna, sila bertukar ke IE7 or IE8 ya, ingat siapa guna IE6 buntut dia kurap.

Korang ada masalah cam aku tak? atau nak offer browser lain Safari ke Maxthon ker Flock jangan segan-segan nak komen di bawah  ya, buat cam blog sendiri yay!!

Updated : Masalah firefox 3.5 sudah selesai kalau korang mengalami masalah macam aku diatas, di bawah ini ada cara mengatasinya, kalau Firefox selalu crash pon leh cuba, ikuti langkah di bawah

Pergi Control Panel–> System–> System Properties–> Advanced–> Performanced–> Setting–> Performance Option–> Advanced–> Virtual Memory–> Changed–> Custom Size–> Tukarkan yg default Maximum Size kpd 1024mb atau 2048mb

virtual memory low solution

Selamat Mencuba :kiss:

Mobiliti

April 7th, 2009 13 comments

Cuba, try, test tengok, wah boleh update guna henfon la hehe :razz:

Post kali ni di update menggunakan Sony Eksyen k810i, kenapa? Tak percaya yek?

Aplikasi= Opera Mini, maxis 3g

[update guna phone tamat disini]

Ada orang bertanya, bagaimana nak update blog guna henfon

sebenarnya aku dah bagi hint kat atas tuh Opera Mini, Opera adalah web browser yang pantas selain firefox

Mula-mula kita  install Opera Mini di sini www.opera.com/mini, atau taip saja kat gprs wap atau 3G alamat yang sama, download dan install di henfon korang, save.

Try la surf-surf kejap then test bukak blog korang guna opera mini tuh, amcam laju tak, better la dari guna gprs biasa kan, ok langkah seterusnya..

Login blog korang sama macam login blog kat pc, dah berjaya masuk, update lah post terkini , bagi pengguna wordpress boleh gunakan Quickpress untuk update pantas, dan untuk blogspot pula tekan je new post sama mcm blog di pc.

tu jer cara yang aku guna, ada paham tak? siapa tak paham pendek umur wakaka, pada sesiapa ada cara lagi MANTOP, sila komen di bawah ya, Sharing is kering hehe Selamat Mencuba :smile:

p.s= kredit henfon anda akan dipotong ikut berapa kb yg korang guna, di syorkan update guna mobile jika internet tiada.