Motif kewujudan Team Nuffnang?
Hai korang. Sihat? Selalu kita asyik baca Abang Juju membebel je kat sini, bosan tak? Ok kalau bosan kali ni biar aku yang mendominasi blog ni pulak. Hahaha! Siap ko Abang Juju!
Ok sebagai penulis undangan pada artikel terbaru blog Rjuna kali ni, aku taknaklah mengamuk tak tentu pasal. Tapi memang rasa nak mengamuk jugak ni. Bukanlah mengamuk apa, cuma rasa nak mengamuk sambil kasi nasihat kat blogger-blogger newbie yang perangai macam hampas ni. Baru sebulan dua kenal blog dah buat perangai mencacatkan pemandangan dunia blog Malaysia yang selama ni bergerak lancar tanpa masalah.
Dengar cerita dari Topotato, blogger newbie ni ada tubuhkan team khas untuk Nuffnang. Bukanlah team nak support Nuffnang dari segi positif ke apa, tapi team nak "prekk" Nuffnang dengan blogger-blogger tempatan sekaligus.
UPDATE : Tiga Team Klik² Nuffnang telah berjaya ditumpaskan dalam masa satu hari, mereka telah diberi amaran oleh pihak Nuffnang supaya menutup operasi mereka atau di-ban seumur hidup. Walaubagaimanapun anda masih boleh melihat cache page mereka meskipun sudah dihapuskan.
1.NuffnangTeam.blogspot.com
2.NuffnangRangers.blogspot.com
3.NuffSquad.blogspot.com
Khabarnya,
Pentingnya trafik ke blog anda
Apalah guna korang menampal iklan, tapi takde siapa pon melihat/klik iklan tu, penat je korang menunggu duit iklan, tak masyuk masyuk jugak, akhirnya korang salahkan pihak penganjur iklan, tak bayar lah, tipu lah, dah lama pasang iklan duit tak naik naik jugak lah, mulalah korang mencarut-carut dan menabur fitnah yang bukan bukan.

Statistik blog aku yang suam2 kukus jika dibandingkan dgn blog Mohdismail.net
Aku ingin berkongsi tips bagaimana korang boleh mengubah situasi tersebut, tahukah anda trafik pengunjung adalah sangat penting, bila mana anda membina sebuah blog yang mempunyai iklan didalamnya.
Cek pertama dari Nuffnang
Maafkan aku kerana membiarkan blog ini tak dikemaskini selama seminggu, macam-macam halangan yang datang saat aku mahu mengemaskini blog ini dan cabaran paling besar ialah mood nak update tu ada, tapi badan dan otak macam tak kasi je, malam ini aku paksa jugak sebab ada rezeki datang hehe-muqadimah.
Akhirnya keputusan beralih dari Advertlets ke Nuffnang membuahkan hasil, bayangkan blog yang jarang2 update ni pon dapat habuan, korang yang rajin menulis, takkan taknak kot, jom sertai Nuffnang, pasang iklan di blog anda dan jadilah pengguna yg setia dengan keahlian Glitterati, banyak manfaatnya.
Sayang muah muah kat semua crew Nuffnang terutama pengasas mereka Timothy Tiah dan Cheo Ming Shen kerana telah menepati janji dan membalas kepercayaan semua blogger yang telah beriklan di bawah mereka, dengan pencapaian minimum RM51 ke atas, anda sudah boleh tunai-kan wang pengiklanan yang telah anda usahakan selama ini. Terima Kasih juga buat kawan-kawan pengunjung blog yang sudi baca iklan nuffnang, aku sayang kalian sampai kiamat.
Aku suka bila Nuffnang memberi tahu klien secara emel, ada pengiklan berminat meletak iklan di blog picisan seperti ku ini, aku rasa dihargai.
17 Mar 2008
Saja nak test ketelusan Nuffnang, aku ambil keputusan untuk cash out minimum payment je RM5+.++ ( RM 1.00 di caj sebagai urusan transaksi)
sila tunggu 30 hari dari dari hujung bulan anda ingin menunaikan pembayaran
30 April-1 May-2 May 2008
Masih tiada cek sampai
3 May 2008
Dapat emel dari HSBC tentang 1 Cek bakal sampai ke rumah (aku dah teruja)
8 May 2008
Cek sudah sampai taraa .Thanx Nuffnang, sayang awak rindu awak

Oh ya duit ni aku akan guna untuk berjoli sakan dan berfoya-foya dengan awek Ibu terchenta wahaha, nak buat peraduan?, aku masih mamai nih, update blog pon sekerat-sekerat tak tetap, tunggu je 2nd cek Nuffnang, kita buat peraduan sikit mahu? Tunggu.
P/s= Harap-harap di masa akan datang Nuffnang akan berevolusi kearah saluran seperti Maybank2u pula, bukankah kaedah pembayaran sebegitu lebih pantas dan jimat kos.
