Ahoy moh ke Lumut Bandar Tentera Laut

Lumut Bandar Tentera Laut

Kadang-kadang aku heran kenapa Pekan Lumut yang kecik tu, dapat naik pangkat jadi Bandar, seumur hidup ku membesar di Lumut (ayah navy), dah kerja pejabat  pon kat Lumut,  mungkin kawen nanti pon kat Lumut jugak..eh kesitu pulak aku.

Mungkin nampak kecil Pekan Lumut tuh, tapi kalau campur Pangkalan TLDM, campur Teluk Batik, campur Pangkor, fuh besar jugak beb, ada potensi dimajukan contoh jadi Bandaraya ke.

Lumut kini bukan pekan koboi macam dulu, kawasan pinggir pantai nya dah dibangunkan secara teratur dan cantik sesuai dengan sesuai dengan tagline bandarnya nanti Bandar Tentera Laut, Perlancongan dan Maritim.

Pada sesiapa yang pernah datang ke Lumut sebelum ini, dapat merasakan kemajuan dan perubahan yang berlaku di Lumut.

Pengisytiharaan akan dibuat oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah pada hari Jumaat 24 April 2009, sempena pemerintahan baginda yang ke 25

Manakala Hari Terbuka Armada 2009 akan berlangsung pada 25-26 April 2009, orang ramai dijemput hadir untuk melihat kapal-kapal perang TLDM (dapat naik dan masuk dalam kapal) disamping dapat menyaksikan pertunjukan dan demonstrasi dari anggota tentera laut, contohnya dari komando Pasukan Khas Laut (Paskal)

Karnival Jom Heboh juga bakal berlangsung sama di dalam pangkalan TLDM,  lokasinya mungkin bertempat di kawasan Stadium TLDM.

Bimbang dengan kesesakan yang pastinya akan berlaku pihak penganjur sudah menyediakan bas-bas khas untuk masuk ke dalam kawasan tentera, sila patuhi arahan keselamatan oleh pihak polis dan tentera ya.

p.s= Ate Manjung tak jadi bandar la yob? Entah tak tau ler teman, Bandar jer bukan Bandaraya, sebab tu nama masih MPM (Majlis Perbandaran Manjung)

p.s.s= sebanarnya Sitiawan-Manjung-Lumut adalah 3 daerah yang berdekatan disini, bagi aku taraf bandar patut diberi pada Manjung, tapi itu bukan masalah besar, masih 1 kawasan, tak gores kupon parking kena saman juga.

Incoming search terms:

  • bandar lumut
  • kehidupan seorang tentera laut
  • tarikh jom heboh perak
  • pekan lumut perak
  • manjung bandar tentera laut
  • awek sitiawan
  • kapal tldm boster lumut perak
  • jo heboh navy base lumut
  • bandar tentera laut lumut
  • tentera laut