Tak tau nak update apa

Berjalan ke blog kawan-kawan kadang2 memberiku ilham, tapi kalau penyakit M tu datang, ko buat la camner pon aku takkan update punya, ini serius.

padahal ada je aku catit apa tajuk-tajuk yang telah aku shortlist dalam buku 555, malasnya aku weh.

baru-baru ini tersentap baca sindiran Vovin tentang Blogger Superstarz, aku petik sikit ayat dia

Saya, dan beberapa blogger yang pernah ditemui, kalau tidak banyak kali mesti pernah keluar ayat ini, “tak tahu nak tulis apa,”

Kenapa? Tulis sahaja apa-apa tanpa mengambil peduli “peminat”.

Tapi blogger sudah dijangkiti perangai selebriti.

Kerana di peringkat ini, blogger sudah berevolusi dan mempunyai “peminat”.

Lalu blogger berdiri sama tinggi dengan pelakon dan penyanyi, dari peringkat baik sehinggalah buruknya.

Benda-benda melibatkan ‘peminat’ ini datang dengan pakej hipokrasi. Nanti peminat lari. Imej dari kaca mata blog mesti dibina dengan teliti. Mesti nampak gah.

Tapi memang hati senang melihat diri dipuja peminat. Saya juga. Hati kembang. Rasa diri saya begitu macam bagus. Sayalah king of the world.

Insaf..makan dalam betul ayat dia, kena berubah ni, korang rasa Rjuna.net macam blogger selebriti tak? kalau tak takper, tapi kalau ya aku rasa bangga sikit n minta maaf huhu, lepas ni aku cuba rajin-rajinkan diri ya.

Memang aku berfikir dulu sebelum publish sesuatu, apa penerimaan orang selepas membaca? , fahamkah mereka apa yang aku tulis?, sebolehnya aku cuba memberi sesuatu dan tidak lah sekadar update kosong.

p/s= psst aku memang suka dipuji..Oh Tidak. (lihat aku dah terpengaruh OH OH OH oleh Khai)