Patutnya aku update entri ni awal, saja memalas-malaskan diri, malas ialah bad habit, yang aku sendiri naik menyampah, ok kali ni aku menceritakan apa yang telah berlaku minggu lepas, aku gelar ia minggu gila karok, karok ialah singkatan bagi karaoke ya adik adik.

Kalau diikutkan aku bukanlah kaki karok sebenarnya, memang aku suka nyanyi, tapi lebih suka nyanyi untuk diri sendiri je, masa kat asrama dulu aku lebih gemar ber karok dalam bilik air, asal mandi je start lah karok, fuh best nyanyi sambil bogel wei haha, oleh kerana suara ku yang ‘sedap sangat’, hambik kau jadi tok dalang/tukang karut dikir barat, wakil blok 2 tahun.
Lagi satu kegemaran aku ialah karok dalam kereta, selalunya karok time tengah drive sorang-sorang je aku nyanyi, pastu siap puji suara sendiri dalam hati, “sedap jugak suara aku yek”.
Minggu lepas 3 hari berturut2 karok, ku fikir ini tahap kritikal punya karok, hari jumaat dengan member member sekolah lama aku, Isa, Ghaffur, Danial nih memang geng2 jantan kesepian, berfoya-foya sekali sekala memang best, dan karok antara aktiviti wajib kalau tengah sengkek tengah bulan, lokasi sitiawan, sebuah pusat karok yang usang dan taukey nya malas nak buat maintenence. Bilik karoknya.. aku rasa bilik pelacur lagi best (aik mcm biasa je haha), lagu kena pilih dalam katalog ikut abjad huhuhu, satu lagu RM1.50 (mahal), melalak la sorang 3-4 lagu.
Hari sabtu pulak skandal dengan 2 wanita, Kak Nita dan Lyzah, petang tuh main bowling jap, lepas makan solat apa semua, gi sebuah pusat karok yang moden sikit kat Manjung, nama tempat karok tu kelakor, Pusat Latihan Menyanyi Merdu (merdu la sangat), ala-ala jamban gitu tapi besar sikit, muat la kami bertiga, sound system hancur, 1 lagu RM1 (berbaloi), kak nita ngan lyzah pulak gi bedal sampai RM30=30 lagu, hah hamik kau, ronggeng la 10 lagu sorang, gila kentang.
Esoknya Ahad, Kak Nita dengan selamba nya ajak gi karok lagi, tak puas katanya, kali ni pergi Teluk Intan pulak, aku cuma tunaikan hasrat kak nita je, temankan dia ke sana, pusat karok nya dalam hotel, Hotel Angsoka tak silap aku, K-Box karaoke centre, satu kepala RM10 melalak lah puas2 selama 4 Jam dapat air minum lagi, nyanyilah berapa lagu korang nak dalam 4 jam tuh, gila. Kat sana kak Nita ajak lagi sorang membernya yang gila karok jugak, nyanyilah duet berdua-bertiga, dari lagu Inul Daratista ke lagu S.Jibeng, semua pulun, pusat karok ni kalau buat kat Manjung beratur orang nak masuk ni, memang puas hati.
Esoknya Kak Nita ajak lagi, “Jom gi Red Box kat Ipoh pulak nak Mil?” huhuhu gila karok betul.
p/s= Mak dan adik aku dah mula bergosip aku selalu keluar malam dengan awek, dulu tak macam nih, asal aku nak keluar je diorang senyum senyum, ceh.
Incoming search terms:
- bowling in sitiawan
- pusat bowling setiawan
- bowling di sitiawan manjung
- bowling sitiawan perak
- rjuna bowling centre sitiawan perak operation time
- sitiawan bowling centre sitiawan perak
- sitiawan perak bowling centre
- sitiawan pesat
- spa in teluk intan
- bowling centre in manjung