Archive

Posts Tagged ‘Jongkang Jongket’

Lagu untuk Blogger

November 20th, 2009 20 comments

Lagu ni dirakam untuk versi mp3 pada 17/1/2006 oleh Mat Jan dan Ayie. So siapa blogger yang follow blog Jongkang Jongket mesti pernah dengar lagu ni. blog dia pon dah macam berkubur sejak kawen, aku dengar dia kerja cikgu sekarang.

Kepada Mat Jan kalau ko baca blog aku nih, tulis lah blog balik aku rindu sinis mu itu. blogger Otai ni beb tabik spring sket. [ Facebook Mat Jan ]

Mat Jan – B-L-O-G by rjuna

Mat Jan – B.L.O.G. (parodi 50 Cent-P.I.M.P)
Muzik oleh: Curtis “50 Cent” Jackson.
Lirik oleh: Mat “5 Kupang” Jan.
Dari album sulung Mat Jan, “Jadi Kaya Atau Mati Mencuba”.

Kita tulis sesuka hati
Kita bukan dibayar gaji
Kita tulis sekadar hobi
Kita penulis B.L.O.G.

(2x)

Minah ni, di pejabat, dia bukan buat kerja
Asyik membaca si Rimau, si Dubuk, si Naga
Si Bukunota, Basri, dan Sultanmuzaffar
Mengadap monitor PC sampai berpinar mata
Dan tinggal sikit komen untuk entry mereka
Lepas empat jam, pergi kantin makan pula
Selepas makan katanya main internet juga
Aku dengar boss dia pernah nak buang dia kerja
Dia suka surf, dia suka chat, dia suka baca blog
Semenjak pagi surfing sambil dengar lagu rock
Kat rumah tak pasang internet nak jimat duit
Kat ofis dia lenjan sampai kepala boss sakit
Satu hari dia tanya dalam Jongkang Jongket
“Apa nak tulis dekat blog, cuba ajar sikit?”
Look baby tulis blog senang sekali
Kau tak puas hati, kau tulis kat B.L.O.G.

Mendengar lagu Siti, menonton drama TV
Kalau tak puas hati, tulis B.L.O.G.
Ayat bodoh Menteri, rasa sakit hati
Kalau hendak kongsi, tulis B.L.O.G.
Rasa jatuh hati, angau macam nak mati
Tunggu apa lagi, tulis B.L.O.G.
Pi kedai makan mee, rasa macam basi
Tauke kena maki dalam B.L.O.G.
Oit ada yang komplen, bila naik harga tol
Yang minat bola komen, pasal jaringan gol
Ada bukan main, orang salah dia betul
Tapi kat luar lain, mengalahkan setan gondol
Hipokrasi cyberland macam dunia nyata y’all
Yang bertudung beromen, yang berkopiah merogol
Tak guna satu sen, yang hipokrit habis
Pi blah, pi mampos, pi jahanam, cis!

Minah tu buka blog, tulis jiwang-jiwang
Asyik cinta, rindu, dan sayang
Belum confirm lagi mamat tu jadi laki
Dia puji-puji, sampai setengah mati
Pabila patah hati, hari-hari dia maki
Ali beruk, Ali setan, Ali iblis dan babi
Oit jantan tu lari, semua orang ketahui
Ada yang simpati, ada ketawa kikiki
Banyak benda lagi, boleh tulis kat blog ni
Bukannya semesti dedah kisah peribadi
Letak gambar diri, peluk kanan peluk kiri
Bukan main lagi, pegang tangan laga pipi
Macamlah dunia ni, kau je ada buah hati
Jikalau tak jadi, kau yang malu sendiri
Tulislah entry yang berfaedah
Ulasan, komentar, jenaka, hah!

Yeah,
Blog ikut suka hati,
Tapi kalau blog benda yang terlalu peribadi,
Nanti kau yang malu sendiri,
Haha!

M-J. A-Y-I-E. B-L-O-G.

[ sedut lagu ini ]

Politik 2X5

March 17th, 2008 8 comments

politik 2×5
lawati blog Jongkang Jongket oleh Mat Jan

Kadang2 membaca sahaja membosankan, apatah lagi membaca tentang politik saban hari di akhbar pro-BN, tapi Mat Jan akan membuat korang ketawa kan ahli-ahli politik ataupun ketawakan diri sendiri.

Ir Mohammadd Nizar Jamaluddin kini sah Menteri Besar Perak yang ke-10, Jurutera lulusan England ini ironinya pernah bersekolah cina, Anglo Chinese (ACS) Kampar, sekolah rendah dan menengah, kemudian ke Sekolah Teknik Ipoh sebelum menyambung A-Level dan Ijazah di England, pernah berkhidmat di Jabatan Kerja Raya, Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) dan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) – sumber Harakahdaily.net

aperr TAK CUKUP LAYAK KE.. LIM KIT SIANG???

p/s= siapa sangka insan yang ku temui berkempen kecil-kecilan di Pasar Malam kini seorang Menteri Besar, harap-harap resmi padi la hendaknya, makin tinggi makin tunduk berisi