HIDUP SEORANG BLOGGER
Posts tagged Jalang
(Trailer) Jalang-Neraca Dunia Hakimnya
Nov 16th
Posted by Rjuna in Trailer Filem
Tajuk filem ni sebelum nya ialah Taubat Jalang, tapi dah ditukar kepada Jalang, takut orang salah tafsir agaknya. dengarnya babak filem ni diluluskan tanpa sebarang potongan dari pihak Finas, tapi di klasifikasikan sebagai 18PL.
Sinopsis:
Filem ini bertemakan kehidupan masyarakat peniaga dan saudagar yang menggunakan wanita sebagai umpan, bagi membolot peluang peniagaan dari pesaing-pesaing mereka.Ianya mengisahkan kehidupan seorang wanita bujang bernama Maria (Yasmin Khanif), perunding syarikat, yang berjaya memenangi berbagai tender pembangunan dengan menggunakan tubuh badannya sebagai habuan kepada pihak yang membuat keputusan, dengan cara itu beliau mendapat dalal yang besar sebagai ganjaran dan upah.
Komen Aku= Jangan tertipu dengan helah trailer nya yang PANAS, aku ada membaca komen yang kurang enak tentang filem ini, tapi kalau korang nak tengok jugak, aku tak paksa, itu duit korang, Selamat Menonton tayangan dijangka pada 26 November 2009.
p/s= taubat lah menjalangkan filem malaysia , Rjuna.net menyokong filem Malaysia yang berkualiti.

Komen Korang