Islam PEACE | R J U N A

Assalamualaikum dan selamat datang ke blog R J U N A.

Fitna Fitnah Islam

Fitna
Sudah menonton filem ini?

Penafian/Disclaimer= Penyebaran video diatas bertujuan sebagai bukti, Rjuna.net tidak sekali-kali menyokong penerbitan filem bangsat ini.

Ini bukan kali pertama Islam dihina sebagai pengganas, dah banyak kali, dan aku rasa Geert Wilders seorang politikus jamban, dia buat filem bodoh ini hanya dengan tempelan koleksi video, gambar, keratan akhbar milik simpanannya. Melalui petikan surah Al-Quran, dia cuba memesongkan pandangan orang ramai, yang Islam sememangnya agama yang menyokong keganasan dan tidak menyukai agama-agama lain.

Adakah ini cubaan dia menaikkan publisitinya sebagai pengasas dan ketua Party for Freedom?, sebuah parti yang menyokong hubungan gay? Hahaha sungguh anjing kau Wilders, tidakkah kau bertanya mengapa di Palestin itu begitu ramai militan jihad, pengebom berani mati dan mengapa mereka menentang bersungguh-sungguh rakyat Israel yang merampas tanah milik mereka? dan tidakkah kau sedar yang serangan 11 September itu hanyalah rekaan Amerika, semata-mata ingin menakhluki Iraq, atau kau sedar tapi sengaja buat-buat tak tahu?

Wilders sebenarnya mempunyai hubungan rapat dengan Israel, malah sejak berada dalam Parlimen Belanda, dia terang-terangan menyokong Israel menyerang mana-mana negara yang mengancam negara itu, jadi tak guna kau nasihat atau memaksa orang yang bersekongkol dengan Yahudi ini meminta maaf, kerana mereka takkan berpuas hati selagi kau tak memeluk agama mereka.

Jadi apa yang boleh kita sebagai orang Islam mampu lakukan dan bertindak dalam hal ini, sila boikot barangan dari Netherlands, Tak guna anda bertekak membuat bantahan di kedutaan belanda jika anda tak boikot produk mereka

berikut merupakan senarai barangan dari Belanda yang perlu anda boikot. Persoalan sekarang mampukah anda menolak jenama-jenama terkenal ini?

Senarai Jenama dari Belanda yang perlu anda boikot

Posted on 4 April '08 by Rjuna, under Isu Semasa, kontroversi, ulasan filem. 12 Comments.