ISA | R J U N A

Assalamualaikum dan selamat datang ke blog R J U N A.

Buat Ringtone sendiri dengan Zedge

Bersama kita lagi dalam ruangan tutorial bersama Abang Debab, kali ni abang akan mengajar adik-adik bagaimana mencipta nada dering (ringtone) henfon sendiri tanpa perlu mengeluarkan se-sen pun wang korang ya.

Ok mula-mula lawati www.zedge.net, dan daftar (Sign Up) sebagai user secara percuma.

Perhatikan di sisi kanan laman web klik try it now itu atau boleh klik Create–Ringtone Maker di bahagian bar menu.

ikuti langkah berikut satu-persatu, *jika browser anda belum install shockwave-flash mungkin bermasalah sedikit ketika memuat naik lagu, seterusnya lagu boleh di cut atau crop terus dalam laman web zedge, perhatikan di bawah..

Adik2 boleh gerakkan butang START dan END tu untuk memilih bahagian mana dalam lagu tersebut yang adik mahu jadikan nada dering atau bunyi mesej kesukaan, klik PLAY untuk mendengar bahagian yang bakal adik2 cut/crop, Klik DONE sekiranya sudah berpuas hati, kemudian adik-adik akan dibawa ke ruangan download untuk muat turun nada dering yang telah siap,

Selamat Mencuba..

Testimoni buat Zedge
Bagi aku Zedge merupakan syurga buat pemilik2 henfon seluruh dunia, aku bagai tak percaya laman web 2.0 yang cantik sebegitu memberi user diorang themes, ringtone, wallpaper, videos dan games secara PERCUMA di ulang PERCUMA beb, menggunakan konsep share sesama user, aku percaya korang akan bookmark and save link Zedge lepas ni, hidup Zedge

Pstt= Kalau nak theme henfon yang BAIK PUNYER, pergi bahagian Themes, di bahagian Category pilih Babes, peh leleh wa cakap lu, mantap tu jo. ( Bulan puasa ni mil..batal puasa ko kang hehehe)

Posted on 20 September '08 by Rjuna, under Tips & Tutorial, Ulasan laman web. 8 Comments.