
lawati blog Jongkang Jongket oleh Mat Jan
Kadang2 membaca sahaja membosankan, apatah lagi membaca tentang politik saban hari di akhbar pro-BN, tapi Mat Jan akan membuat korang ketawa kan ahli-ahli politik ataupun ketawakan diri sendiri.
Ir Mohammadd Nizar Jamaluddin kini sah Menteri Besar Perak yang ke-10, Jurutera lulusan England ini ironinya pernah bersekolah cina, Anglo Chinese (ACS) Kampar, sekolah rendah dan menengah, kemudian ke Sekolah Teknik Ipoh sebelum menyambung A-Level dan Ijazah di England, pernah berkhidmat di Jabatan Kerja Raya, Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) dan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) - sumber Harakahdaily.net
aperr TAK CUKUP LAYAK KE.. LIM KIT SIANG???
p/s= siapa sangka insan yang ku temui berkempen kecil-kecilan di Pasar Malam kini seorang Menteri Besar, harap-harap resmi padi la hendaknya, makin tinggi makin tunduk berisi
Posted on 17 March '08 by Rjuna, under Politik, blog. 8 Comments.

Dikejar Tak Dapat Di kendong Berciciran, itulah peribahasa yang sesuai buat Parti Barisan Nasional selepas Tsunami Barisan Alternatif melanda di 5 negeri, Kelantan, Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor, dan inilah buat pertama kalinya BN kalah besar menunjukkan undi tak percaya kepada kerajaan sekarang, kalau semua ahli UMNO yang bersuara agar Pak Lah meletak jawatan, aku rasa dia akan meletak jawatan sebagai PM dan menyerahkan tugas kepada timbalannya Najib.
Kekalahan ini bermakna rakyat menolak kepimpinan Barisan Nasional, dan rakyat mahukan perubahan, apa yang aku gusarkan ialah apa yang bakal berubah selepas ini, mampukah barisan alternatif yang berlainan ideologi ini bersatu membentuk kerajaan negeri?, kita hanya mampu tunggu dan lihat.
Ramalan ku benar belaka
P74-Parlimen LUMUT
Datuk Kong Cho Ha (BN)
N50-Sitiawan
Ngeh Koo Ham (DAP)-BAKAL MB PERAK
N51-Pasir Panjang
Ir Mohammad Nizar Jamaluddin (PAS)-BAKAL MB PERAK
N52-Pangkor
Dato Dr Zambry Abdul Kadir (BN)
Apa yang mengejutkan ialah kedua-dua calon ADUN kawasan aku ini, disebut-sebut bakal memegang jawatan Menteri Besar Perak, woo bukan calang2 jawatan tu, apatah lagi calon membabitkan dua kaum besar Melayu dan Cina, siapakah akan terpilih?
DAP memenangi 18 kerusi DUN dan 6 Parlimen berbanding pakatan mereka PAS 6 DUN dan 2 Parlimen dan PKR 7 DUN dan 3 PKR
Sekiranya calon DAP diangkat menjadi menteri besar, aku takut ideologi mereka Malaysian Malaysia bakal mengakibatkan keistimewaan orang Melayu sebagai bumiputera akan terpinggir dan terhapus sedikit demi sedikit, kerana DAP terkenal dengan konsep sama rata mereka antara kaum.
Rujukan=kenali Democratic Action Party (DAP)
p/s=Man United kalah juga 1-0 FA Cup huhu
Posted on 10 March '08 by Rjuna, under Isu Semasa, berita. 13 Comments.