
Hari ini 7 Ogos genaplah umurku berusia 26 tahun, dan blog Rjuna.net kini berusia 2 tahun penubuhannya, terima kasih buat korang yang masih setia membaca blog ni walaupun isi kandungannya merapu-raban.
Tatkala kawan-kawan lain sibuk membuat anak membina keluarga, aku masih lagi bergelut dengan masalah diri sendiri. Pergelutan hidup yang tak sudah-sudah, insyallah sedikit demi sedikit perubahan bakal berlaku, semoga sang pencipta mempermudahkan jalan buat ku amin.
Blog Rjuna.net, juga akan berubah sedikit demi sedikit, update akan dilakukan dengan lebih kerap, berberapa segmen baru akan diperkenalkan dan projek blog rahsia sedang pun dijalankan secara bawah tanah haha, tunggu saja nanti aku reveal, ceh sembang berapi kalau tak jadi.