RJUNA Cantik Menarik Tertarik Kau Memang Debab

11Sep/0817

Nuffnang Iklan Arak?

Alhamdulillah aku terima cek ke-3 Nuffnang semalam, tak banyak pon, boleh la kalau takat nak bayar bil streamyx berkelajuan 512kbps opis aku, huhu kalau lah aku tak malas dan rajin menulis, pasti lebih masyuk kan? Mari mari cari duit bonus untuk bulan November, kami bukan kerja gomen dapat bonus sebulan gaji hehe.

Cuma aku agak terkejut bila melihat Nuffnang memasang kempen iklan arak dalam senarai advertiser mereka, Nuffnang yang aku lihat dulu bersih dari iklan arak kini mengeluarkan tanduk dan taring mereka, bagi yang bukan beragama Islam mungkin tidak berasa apa, tapi bagi aku duit kempen iklan itu tetap haram.

Jika anda ada akaun Nuffnang sila perhatikan bahagian Earning anda, ada tak kempen dari iklan arak? kalau ada sila asingkan jumlahnya bila duit cek di tunaikan, ingat apa saja yang berkaitan dengan arak adalah di kira subahat dan wang yang diperolehi darinya adalah haram di sisi Islam.

P/s= Sesungguhnya dosa paling besar dalam Islam ialah meminum arak, minta dijauhi.


   
[close]