Hotlink Music Unlimited | R J U N A

Assalamualaikum dan selamat datang ke blog R J U N A.

Beli lagu di Gua Muzik?

Gua MuzikApa yang aku perhati ramai orang sekarang dah tak beli cd album untuk dengar lagu, berbekalkan pendrive, mp3 player dan sedikit ilmu IT , lagu-lagu mp3 dengan mudah di muat turun secara percuma di internet, sebut sahaja Jiwang, Multiply, Imeem, Youtube, malah ada blog yang dikhususkan untuk berkongsi lagu mp3. Sebenarnya Gua Muzik bukanlah portal pertama yang menyediakan muat turun lagu berbayar. tetapi telco Hotlink telah terlebih dahulu mempelopori peluang perniagaan ini di Malaysia, dari nada dering kepada lagu penuh boleh dibeli secara muat turun terus ke telefon bimbit anda, akan tetapi masalah kelajuan 3G dan sambutan pengguna membataskan peluang ini untuk berkembang, maka lahirlah Gua Muzik

Senarai lagu dan harga
kenapa aku tekan play bunyi tak keluar ya? tekan buy boleh pulak

Selama ini kita muat turun lagu mp3 percuma je kat internet, jadi adakah kelahiran Gua Muzik bakal mendapat sambutan ramai? atau download mp3 percuma akan diharamkan? sama-sama kita tunggu dan lihat.

Dengan sebuah lagu rata-rata berharga RM3 & RM4 di harap artis Malaysia khususnya dapatlah mengutip sedikit royalti mereka disini, kepada sesiapa yang berhasrat nak jadi artis rakaman tu, perhatikan masalah besar ini sebelum menjadi artis, ingat senang ke nak jual album sekarang? Kalau 1-2 lagu je sedap jangan mimpi la orang akan beli album korang.

Aku memetik ulasan Budiey dalam blog nya yang pembeli lagu di Gua Muzik akan dapat menikmati

1.Kepelbagaian
Pilihan terluas arena muzik tempatan dan antarabangsa, dari irama rock ke nasyid, lagu-lagu Inggeris ke Tamil.

2.Kualiti
Muat turun lagu berformat WMA, dengan kualiti 192kbps. (Dalam erti kata lain, kejelasan audio yang menjamin kepuasan).

3.Nilai tambahan
Hadiah percuma! (merchandise, tiket konsert, CD artis yang ditandatangani dan banyak lagi).

4.Kemudahan
Membeli dan memuat turun lagu amat senang dengan hanya beberapa langkah mudah.

5.Kandungan Ekslusif
Gua Muzik membuat anda istimewa (Anda tidak akan dapat memuat turun muzik eksklusif dari mana-mana portal muzik lain) .

P/S= Kagum dengan strategi penjualan album band Hujan, cd album hanya dijual sewaktu persembahan mereka sahaja.

Posted on 18 April '08 by Rjuna, under Isu Semasa, Lirik dan Mp3, Perniagaan, Youtube, berita, iklan, internet. 13 Comments.