Diari Rjuna= Cinta untuk Nabila

Sepatutnya entri ini diterbitkan awal februari lalu, sengaja aku tangguh kan, entah kenapa aku sendiri tak tau, amacam best tak tajuk dia, mengundang kontroversi dan gosip tak agak² hihi.

gua ingat nak update pasal Elizabeth Wong dan klip pekerja makmal, tapi tak sampai hati pulak nak aibkan orang (baik nya Rjuna)

1 Februari lalu merupakan hari jadi seorang gadis bernama Nabila, saban tahun tiap hari ulangtahunnya akan ku belikan sedikit hadiah, ahli keluarganya yang lain juga begitu, tapi kali ini aku ingin hadiahkan dia sesuatu diluar dari jangkauan pemikirannya, sesuatu yang istimewa, satu cinta agung, suatu yang aku idamkan, apa dia?

Seekor..Syrian Hamster, hek eleh

hamster rjuna gomok

aku lihat Nabila gembira dengan hadiah pemberianku ini, tapi ibunya pula tak suka, “dah takde kerja lain hape nak bela tikus dalam rumah ni” katanya hehe, bukan tikus la, ini Hamster, tapi suku sakat tikus la jugak, berhabis dalam RM40 gak la dengan sangkar sekali,

Nabila panggil hamster tu dengan nama Gomok sebab badan dia debab, kaki kecik.. ekor kecik, tak padan kecik pastu ada hati nak lari laju, kelakor :grin:

Suka tengok Gomok makan, makanan akan dipenuhkan dalam mulut dia terlebih dahulu (Gomok suka kuaci), pipi dia jadi montel simpan makanan, pastu nak makan dia akan berdiri then makan satu persatu yang dia kumpul dalam mulut tadi, tengok gambar tangan dia pegang jagung tu, alahai comel sangat.

Gomok skang dah kawen, dah ada bini, kawan aku cakap, bila dah beranak nanti, mak dia makan anak dia, betul ker isk kijam?

Nabila dalam cerita ini ialah adik perempuanku, kalau dia baca blog ni hari jadi aku nanti kekanda mahu PSP ya :$:

Mungkin lepas ni aku nak bela Babi Guinea pula, apeerr BABI?