Glitterati | R J U N A

Assalamualaikum dan selamat datang ke blog R J U N A.

Tulis Blog dapat Duit

Kejayaan aku dapat 1st cek dari Nuffnang rupanya selama ini diperhatikan oleh pembaca dan pengunjung gelap blog ini, siap ada yang sms, yang mesej dan komen kat friendster pon ada, ish ish hebat kuasa cek HSBC itu ya.

Nuffnang Logo

Sebenarnya aku pasang iklan di blog hanya sebagai perhiasan dan side income saja, bukanlah serius sangat sampai ingin jadi kaya.Tidak sama sekali tau. Jadi nasihat aku, anggap saja pasang iklan ni sebagai main-main, saja nak cantik kan blog korang, nanti tokey-tokey iklan nih tak bayar se-sen (baca=cerett), jangan korang salah kan aku pula.

Oleh sebab ada yang tanya itu-ini pasal iklan Nuffnang ni, maka aku sediakan tutorial percuma ni untuk korang, khas untuk newbie yang baru bejinak2 bukak blog, tapi nak kaya cepat hehehe.

BACA LAGI AYUH

Posted on 29 May '08 by Rjuna, under Tips. 17 Comments.

Cek pertama dari Nuffnang

Maafkan aku kerana membiarkan blog ini tak dikemaskini selama seminggu, macam-macam halangan yang datang saat aku mahu mengemaskini blog ini dan cabaran paling besar ialah mood nak update tu ada, tapi badan dan otak macam tak kasi je, malam ini aku paksa jugak sebab ada rezeki datang hehe-muqadimah.

Akhirnya keputusan beralih dari Advertlets ke Nuffnang membuahkan hasil, bayangkan blog yang jarang2 update ni pon dapat habuan, korang yang rajin menulis, takkan taknak kot, jom sertai Nuffnang, pasang iklan di blog anda dan jadilah pengguna yg setia dengan keahlian Glitterati, banyak manfaatnya.

Sayang muah muah kat semua crew Nuffnang terutama pengasas mereka Timothy Tiah dan Cheo Ming Shen kerana telah menepati janji dan membalas kepercayaan semua blogger yang telah beriklan di bawah mereka, dengan pencapaian minimum RM51 ke atas, anda sudah boleh tunai-kan wang pengiklanan yang telah anda usahakan selama ini. Terima Kasih juga buat kawan-kawan pengunjung blog yang sudi baca iklan nuffnang, aku sayang kalian sampai kiamat.

Aku suka bila Nuffnang memberi tahu klien secara emel, ada pengiklan berminat meletak iklan di blog picisan seperti ku ini, aku rasa dihargai.

17 Mar 2008
Saja nak test ketelusan Nuffnang, aku ambil keputusan untuk cash out minimum payment je RM5+.++ ( RM 1.00 di caj sebagai urusan transaksi)

sila tunggu 30 hari dari dari hujung bulan anda ingin menunaikan pembayaran

30 April-1 May-2 May 2008
Masih tiada cek sampai

3 May 2008
Dapat emel dari HSBC tentang 1 Cek bakal sampai ke rumah (aku dah teruja)

8 May 2008
Cek sudah sampai taraa .Thanx Nuffnang, sayang awak rindu awak

cek nuffnang pertama

Oh ya duit ni aku akan guna untuk berjoli sakan dan berfoya-foya dengan awek Ibu terchenta wahaha, nak buat peraduan?, aku masih mamai nih, update blog pon sekerat-sekerat tak tetap, tunggu je 2nd cek Nuffnang, kita buat peraduan sikit mahu? Tunggu.

P/s= Harap-harap di masa akan datang Nuffnang akan berevolusi kearah saluran seperti Maybank2u pula, bukankah kaedah pembayaran sebegitu lebih pantas dan jimat kos.

Posted on 9 May '08 by Rjuna, under Personal. 16 Comments.