Fury | R J U N A

Assalamualaikum dan selamat datang ke blog R J U N A.

FURY Watchaa! Uuu

-Eagle Eye (Tak best sangat)

-Senario Episod 1 (Aku tertido dalam panggung)


Cun lah pulak minah ni, oh Jeeja Yanin aku jatuh cinta padamu

Dan semalam aku menonton FURY, tertarik menonton nya setelah membaca ulasan sebuah portal filem dan menonton trailer nya, hoho jaga jaga Rjuna mula nak menyiku leher dan melutut perut korang hiyaaaa

Jika anda minat citer aksi macam Ong Bak, mahupun Kill Bill aku syorkan tonton filem ini, kisahnya mengenai seorang budak bernama Zen yang dilahirkan cacat kerana menghidap Autisme, Namun kecacatan Zen menjadikan dia Istimewa kerana dianugerahkan mata yang mampu merakam aksi pergerakan dengan pantas dan deria pendengaran nya juga sangat tajam.

Mungkin kerana bapanya seorang Yakuza dan Ibunya bekas ahli gangster , Zen dilihat cukup minat dengan seni bela diri, sejak kecil lagi dia sudah mula berlatih muay thai dengan menerajang tiang anjung rumah, bukan itu sahaja Zen suka menonton filem aksi lawan lawan dan bermain video game, habis semua aksi lawan ditirunya, Tony Jaa, Bruce Lee, Jackie Chan, Mark Dacascos (paranawei), dan juga Datuk Shah Rukh Khan

Hidup tak selalunya cerah, Zen terpaksa mencari duit untuk membiayai perubatan Ibunya yang sakit kanser, tiada siapa yang ingin kesiankan budak cacat otak lagi comot, puas dibuli dengan teruk, Zen kemudian mempraktikkan jurus jurus muay thai, kung fu, capoiera dengan membelasah orang-orang yang memperlekehkan nya yeah watcaaa uuuu

Babak terakhir filem ini paling mendebarkan dimana Zen mengejar ketua gangster dari atas bangunan 4 tingkat kemudian lompat-lompat antara papan iklan, kalau korang tengok trailer, babak tu ada yang jatuh bangunan, patah leher la, semua aksi filem ini dilakukan oleh pelakon sebenar dan tiada double stuntman.

You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube video
www.chocolate-movie.com

Jalan citer best, Awek Cun, Aksi lawan lawan, dan Stunt guna pelakon asal, aku kasi 4 Bintang untuk filem ini yeah watchaa uuu jangan lupa menonton.

[Kuiz Tanpa Hadiah]
Teka apa serangga yang menjadi kelemahan Zen, sampai nangis takleh nak buat apa?

Posted on 19 October '08 by Rjuna, under Awek cun, ulasan filem. 14 Comments.