Forced Matrix | R J U N A

Assalamualaikum dan selamat datang ke blog R J U N A.

Skim Jutawan Kertas

Asal beli surat khabar je ada benda alah nih? tak habis-habis nak menipu orang .Aku mencemuh skim cepat kaya MLM yang masih bertebaran di luar sana, boleh kata tiap2 hari minggu aku dapat pamplet iklan yang diselit dalam akhbar, sampaikan kat masjid pon diorang tampal, kemaruk sangat nak jadi kaya nih, nak pakai kereta berjenama mewah dan pendapatan bulanan 5 angka.Bodoh 8-}

skimcepatkayatestimonialskimbodoh

Tujuan pamplet ini diedarkan tak lain tak bukan cari mangsa downline baru lah tu, iklan mereka biasanya memaparkan dakyah-dakyah mereka untuk menipu meyakinkan orang ramai, testimonial pulak mesti tunjuk pakai kereta mewah, bisnes apa? tak tahu? dirahsiakan, buatnya diorang jual dadah korang pun sms ikut je dengar penerangan, tiada produk ditunjukkan (yeah itulah taring mereka sebenar) perniagaan jenis apa itu ya tiada produk? :-?

Jangan perjudikan wang simpanan anda kawan-kawan, dan pada yang dah menyertainya tolong lah berhenti, jangan tipu orang ramai lagi khasnya orang Melayu, apa guna anda bersusah payah, tapi akhirnya upline (penaja) atas korang yang kaya raya, lama2 bisnes sebegini akan runtuh juga kalau ahli bawahan anda rasa tertipu tak aktif lagi, percayalah. $-) b-(
bisnes apa nya kalau bunyi nya begini kawan-kawan…

“Jadilah jutawan MLM tanpa perlu menjual produk, tanpa perlu membuat “maintain” bulanan dan juga tanpa perlu datang mesyuarat setiap minggu!“, “Hanya perlu daftar jadi ahli dengan yuran RMXXX dan cari 2-3 orang rakan sahaja! dan anda akan menjadi jutawan dalam masa beberapa bulan!”

Saya rasa anda pun tentu lebih cerdik dan sudah pandai menilai, hey nak jadi jutawan tu susah tau, kalau semudah itu aku rasa semua rakyat malaysia nih dah kaya raya duduk goyang kaki dapat duit. :)>-

Posted on 21 March '08 by Rjuna, under Perniagaan, internet. 16 Comments.