Aku layan kan aja tag dari brader Musnaz nih, lama tak layan tag rasa gian lak, lagipun kesian kat pelawat setia blog ni yang rajin berkunjung tapi takder apa nak dibaca, aku tak mahu kecewakan korang hehe :D
Ok bro apa yang lu nak Tag gua hari ni,
Brader Mus: Apa Azam ko tahun 1429 hijrah dan 2008 ni
Rjuna: Azam-azam kita tak main lah, sebenarnya saya dah buat satu senarai pendek tentang apa yang saya akan lakukan pada tahun ini, korang boleh baca di sana yek.
Brader Mus: Kenangan Pahit Tahun 2007 ada tak?
Rjuna: Menjauhkan diri dari seorang kawan baik. Takder gunanya kita beria nak berkawan, tapi akhirnya kita macam tak wujud dalam dunia dia, aku kecewa. ok namanya masih wujud di ruangan link, ok teka siapa dia.
Brader Mus: Pengajaran dari tahun 2007
Rjuna: Jangan bertindak terburu-buru, buruk akibatnya, aku banyak membazirkan wang kerana hal ini, insyallah tahun ini takkan berlaku lagi.
Brader Mus: Pencapaian paling bermakna pada 2007 anda
Rjuna: Memiliki Laptop, Blog dengan domain sendiri, Streamyx WIFI di rumah, Nokia N73 dan Myvi, syukur pada rezeki Mu Ya Allah.
Brader Mus: Ok Rjuna leh bagi satu pose menarik tak
Rjuna: Nanti bagi saya 1 copy ya. Snap. hahahaha Aje giler..takper play safe with sarcastic
bapak pontianak ( sapa terer leh buat super-impose)
Brader Mus: Eh ko ada siapa-siapa kenalan yang nak aku TAG-bual lagi?
Rjuna: Tak yah la diorang dah hanyut dengan dunia diorang tuh, mana main dah azam-azam ni, ko lambat tag aku nih mus