Força Portugal Euro 2008
Tinggal berberapa hari sahaja lagi, kejohanan bola sepak eropah Euro 2008 akan bermula, sebagai kaki bola ortodoks, acara 4 tahun sekali ini wajib ditonton, diambil tahu, dan ditandai dalam kalendar anda.
16 pasukan telah melayakkan diri untuk berada di pusingan akhir ini, dan kali ini giliran Austria & Switzerland menjadi selaku tuan rumah bersama, seperti lazimnya, pastinya ada negara-negara yang diundi dalam kumpulan maut, kali ini France, Italy, Netherlands dan Romania bakal bergelut merebut tempat ke suku akhir dalam kumpulan C, sebenarnya kumpulan apa pon diletakkan sama sahaja cabaranya, the best Man win.

Kali ini aku memilih PORTUGAL sebagai pasukan pilihan aku untuk menjuarai Euro 2008, oh maaf ya bukan kerana Cristiano Ronaldo (Man United) ada, aku menyokong portugal, tidak, tapi aku melihat dari segi pengalaman dan potensi mereka menjuarai acara ini, 4 tahun lalu impian mereka bergelar juara tuan rumah berkecai dimusnahkan Greece, kemudian di World Cup 2006 pun kandas separuh akhir, aku yakin Portugal kini lebih bertenaga dan inilah misi terakhir jurulatih mereka Luiz Felipe Scolari.
Digelar Brazil Eropah, Portugal memilikki barisan pemusnah yang mampu membuat pertahanan lawan kucar kacir, Ayam tambatan mereka Ronaldo pastinya berperan sebagai watak utama dalam pasukan ini, sebenarnya aku belum mengenali sangat pemain2 muda macam Moutinho, Veloso, Pepe, Bosingwa, harap2 diorang tak mengecewakan harapan semua peminat Portugal.
Forca (Strength) Portugal
Apa pula pasukan skongan korang dalam Euro kali ni?
