
We are the Champions my friend
And we’ll keep on fighting till the End
We are the Champions
We are the Champions
No time for Losers (Chelsea-Arsenal-Liverpool-all MU haters)
Coz we are the Champions of the world
Nyata pengorbanan aku menonton final bersama teman-teman di McD dibalas dengan kejayaan Manchester United merangkul 1 lagi kejuaraan musim ini, Liga Juara-Juara Eropah.
Final ini sungguh dramatik dan mencemaskan, ah rugi aku tak snap gambar suasana di mekdi tadi, kami bersorakan pada akhir perlawanan, restoran riuh bagaikan kami yang punya.
Lantak la korang nak kata apa pon, menang nasib ke, lucky ke apa, ada aku kisah? peluang menang sama rata je sebenarnya sudah menjadi adat pertandingan mesti ada kalah dan menang, dan yang menang ialah MU dan kalah ialah Chelsea, sudah tertulis diatas SANA terimalah dengan redha.
Terima Kasih John Terry dan Van Der Sar kerana menamatkan penantian 9 tahun piala ini, Glory Glory Manchester United
Posted on 23 May '08 by Rjuna, under Machester United. 10 Comments.

Manchester United mengekalkan kejuaraan mereka musim lalu dengan penuh debaran musim ini, siapa akan lupa pertarungan antara 4 kelab gergasi liga Inggeris di penghujung musim ini, Man United menewaskan Arsenal, kemudian menumpaskan Liverpool, tetapi kemudian ditewaskan Chelsea yang akhirnya berkongsi mata dengan Man United, cukup emosi tatkala kata-kata provokasi singgah di telefon bimbit mahupun blog.
Aku pasti kalau Chelsea menang 1-0 dengan Bolton, penyokong Chelsea-Liverpool-mahupun Arsenal akan berkata “alah menang nasib je, lebih gol” wah aku takleh terima bila team yang kita sokong, susah payah nak menang dikatakan NASIB? Nyata takdir sudah tertulis, Chelsea menangis kehampaan apabila gol minit ke 90 Bolton menjadikan keputusan seri 1-1, tetkuburlah harapan mereka dan pembenci MU sekalian, cuba lagi musim depan ya.
Apapun pertarungan dua kelab ini masih belum usai, saingan Liga Juara-Juara di Moscow pasti sengit 21 May nanti, Marilah sokong Manchester United untuk kejuaraan berganda Glory-Glory Man United.
P/s= Sokong United sejak bermain video game FIFA, waktu tuh lepas abis sekolah tahun 2000.
Posted on 13 May '08 by Rjuna, under Machester United. 2 Comments.
Ya sekali lagi 4 Gergasi Liga Perdana Inggeris akan bertembung sesama sendiri, bagi mencabar maruah kelab terbaik dan bayangan siapakah bakal Juara Liga keseluruhan musim 2007/2008 ini, jangan lupa menyaksikan kedua-dua perlawanan menarik ini, ayuh menonton beramai2 di restoran dan mapley-mapley terpilih, apa barang tengok dekat rumah beb?

Ramalan= Saya meramalkan Manchester United akan menang 2-1 dalam pertemuan ini, sebagai penyokong United dah tentulah saya bias dalam perkara ini, tetapi Liverpool boleh menghancurkan impian MU jika mereka mampu mengawal bola diudara ketika set-piece corner atau kelincahan Torres mampu menjawab segalanya, gerak geri C.Ronaldo pasti dikunci man marker Liverpool malam itu, namun kami mempunyai Tevez dan Rooney yang sedia membuat umpanan merbahaya dan meledak bila-bila masa, perlawanan ini pasti menarik dengan serangan bertali arus antara kedua-dua pasukan. Glory-Glory Man United
Kemaskini= Bermain 10 orang setelah Mascherano dibuang padang menyebabkan Liverpool tewas 3-0, gol pertama dijaringkan Wes Brown pada separuh masa pertama. Kegagalan menyekat Ronaldo menyebabkan dia terlepas dari kawalan dan menanduk masuk gol ke-2 MU, dan kealpaan pertahanan Liverpool dihukum lagi dengan rembatan deras Nani untuk melengkapkan 3 mata penuh
Glory-Glory Man United

Ramalan= Agak sukar meramalkan kedua2 pasukan berjiran ini, yang pasti keputusan seri sudah dijangka, saya meramalkan seri 1-1. Arsenal dengan barisan mudanya yang merbahaya dan Chelsea dengan pasukan bintang mereka, diatas kertas Chelsea memilikki segalanya, tapi mereka kehilangan penjaga gawang mereka Petr Cech yang cedera, Mampukah Van Persie, Adebayor dan Fabregas melepasi pertahanan kebal chelsea? atau Drogba, Lampard dan Joe Cole akan menghukum kelalaian mereka, sama-sama kita saksikan
Kemaskini= Perlawanan menarik ini cukup mendebarkan di masa pertama, serangan bertali arus dengan masing-masing ingin menjaringkan gol, gol pertama hadir apabila Sagna menanduk cantik sepakan sudut Fabregas, serangan demi serangan Chelsea akhirnya membuahkan hasil apabila Drogba berjaya merembat masuk hasil kucar-kacir kotak penalti, gol kedua chelsea juga hadir dengan cara itu, kali ini begitu klinikal dari Drogba dan sukar dijangka Almunia, Chelsea 2-1 Arsenal
Posted on 22 March '08 by Rjuna, under EPL, Machester United. 15 Comments.