HIDUP SEORANG BLOGGER
Posts tagged cenderawasih blog lama rjuna
Masihkah kau ingat Cenderawasih
Oct 31st
Belek belek arkib gambar dalam pc ofis, terjumpa satu blog header lama yang pernah aku buat dulu, ia mengingatkan kembali zaman aku masih bertatih dalam dunia blogging ni.Kalau tak silap aku dah mula ada blog sejak tahun 2003, tanya cik Maryam dan aida azura kalau tak cayer.
aku nak tunjuk bukti pon takde, sebab dah delete blog Cenderawasih tu (kenapa la aku delete..nostalgia tu ), yang tinggal cuma header blog sahaja. Zaman tu mana ada Photoscape..letak huruf pon pakai Paint je, time aku buat dulu rasa dah cantik sangat, sekarang bila tengok balik..mak aih huduh gila, logo love bersayap tu milik band Dewa (fanatik dulu), itu bukan burung cenderawasih ya, entah mana punya gambar burung aku sebat, mungkin itu burung twitter.
UPDATE!
Terima Kasih kepada Saudara Firdee.net kerana telah menjumpai, arkib blog lama aku, menggunakan kaedah Wayback Machine
jom melihat langkah pertama aku ke dunia blogging nih


Komen Korang