Hargai pembaca dengan peraduan
Makin meriah dunia blog bulan ini, banyak peraduan di anjurkan oleh pemilik blog bertujuan menghargai pembaca mereka,
Aku melihatnya sebagai serampang 3 mata, yakni dalam masa yang sama menarik pembaca baru, kasi trafik lebat dan mengumpul email pelanggan secara sah, korang memang kreatif, jom kita terjah peraduan apa yang diorang buat tuh
Jom menari Shuffle bersama Mohd Ismail dot Net

Fuh.. Mail memang tak sayang duit beb, dia nak bagi iPod Shuffle 1GB kepada pembaca bertuahnya, sejak mula baca blog dia, aku tau Mail memang penggemar barangan Apple, baginya lelaki/wanita yang memilikki gajet keluaran Apple adalah cool, peraduan ini sedang berlangsung dan akan tamat pada 11 April 2009, untuk maklumat lanjut tentang peraduan ini sila baca blog dia ya di mohdismail.net,err Mail aku dah dapat 6 tiket kan hohoho boleh ke camni?
Jadi Pelawat yang ke 50K blog ChekguBH
ChekguBH nak mencari siapakah gerangan pelawat blognya yang ke 50000, jika anda mahu menjadi orang yang dicari tu rajin-rajin la lawat blog cikgu tuh, kalau la korang ditakdirkan pelawat yang ke 50000 itu, sila print-screen sebagai bukti dan ganjaran dia ialah wang tunai sebanyak 162,350.00 dan sejibik kereta Ferrari beb fuh berdarah hidung. banihassim.blogspot.com
Contest yang Boonto
Aku tengah buntu jugak nak taip apa untuk masuk peraduan mamat nih, sampai buntut gua dah lebam ni dok pikir. Sempena countdown hari jadi JRY aka Aerieff 20 April 2009 nanti, dia buat-buat buntu dan buang tebiat sikit, selalunya kita punya hari jadi kita lah terima hadiah kan? tapi dia nak kasi hadiah kat orang pulak, kan ke pelik tuh, kebuntuan aku dibuntu oleh nya. Anda buntu? saya lagilah buntu boonto.blogspot.com
Jerung pon nak bagi duit jugak
Menangi RM30 setiap minggu dengan menyertai peraduan Duit Free dari Jerung Perkasa, pemilik blog JerungPerkasa.com seorang usahawan internet, so dia juga ada menyediakan program affiliate untuk peraduan ini, siapa punya iklan paling banyak klik hits ada hadiahnya (jangan klik iklan sendiri ya)
Blog ini pon ada contest juga
Ok pada yang baru lawat blog ni, Rjuna ada contest Kaki Komen Paling Banyak Bertuah, bukan paling banyak ya, komen mana-mana entri dalam blog ini dan tempatkan korang antara 10 kaki komen di bahagian sidebar blog ini, RM10 untuk 3 orang kaki komen akan dipilih secara rawak dari top 10 itu.
Ada lagi contest blog lain yang aku tertinggal? mahu promosi juga disini, sila komen di bawah ya.

Komen Korang