Archive

Posts Tagged ‘BN’

Tokong dan Menteri Besar

October 24th, 2009 21 comments

Masa solat Jumaat di Masjid Kg Pasir Panjang (kawasan Nizar) semalam, aku ambil 1 pamplet mini yang diedarkan kepada orang ramai, bila di baca rasa pelik pulak bila tengok pemilihan lokasi dan jawatan penceramah, aku bersangka baik mungkin tersalah taip atau memang disengajakan.

Apa jadah buat perjumpaan kat Tokong?, dewan dah takde ke nak sewa? dan setahu aku la kan Menteri Besar Perak sekarang Dato Seri Dr.Zambry Abd Kadir

pakatan rakyat-tokong-dan menteri besarP/S: Aku tak sebelah mana-mana pihak ok, aku pengundi Parti Atas Pagar :up: :pirate:

Lompat si Najib Lompat

February 6th, 2009 24 comments

Sempena 25 Tahun Jubli Perak Pemerintahan Sultan Azlan Shah, Sultan Perak, akhirnya dicemari drama politik+tikus, oh inikah hadiah kamu buat sultan ya.

Aksi lakonan dimulakan dengan babak Adun Bota Datuk Nasaruddin (Be End) tiba² melompat parti ke Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 25 Januari 2009, suka lah Pakatan Rakyat (PR) kerana sokongan nya bertambah kukuh dengan 32 Kerusi DUN, Be End tinggal 27 Kerusi, negeri Perak  semua ada 59 kerusi jer.

Bagaikan adegan filem Cicakman, tiba² keesokan harinya Dua Adun  Pakatan Rakyat (PR) tiba² je lesap, hilang tanpa khabar berita, ada kemungkinan besar ke-dua² Adun itu telah di klon oleh Profesor Najib Klon

Fakta: Adun Behrang Jamaluddin Mohd Radzi dan Adun Changkat Jering Kapten (B) Osman Jailu sebenarnya masih dalam kes tuduhan Rasuah Seks, patut la Profesor Najib Klon suka (ada dua anak murid baru ya)

“Nanti kita kasi cancel tuduhan rasuah tu ya anak murid ku” kata Profesor Najib Klon.

{Klik sini untuk teruskan membaca}