Jangan Tegur

Masa sekolah asrama dulu, kawan pernah nasihat, kalau nampak apa² atau bau² yang pelik jangan tegur, dikhuatiri syaitan atau jin akan mengekori kita pulang, nasihat aku kalau jumpa benda pelik² tengah jalan, jangan balik ke rumah dulu, singgah la minum² sekejap pastu baru pulang
Sabtu lalu aku pergi menonton filem Jangan Tegur, bosan duduk rumah beb hujung minggu, tengok wayang la kita sorang², awek takde, kawan pon cam bz, so lebih baik nonton sendirian, bebas, dapat duduk sebelah awek hahaha
Kisahnya seorang wanita kampung bernama Baizura (Nadia Mustafar) telah dirasuk makhluk halus, setelah pulang menjenguk ibunya yang telah meninggal dunia, gadis itu kemudian telah hilang dari kampung entah kemana setelah cuba dipulihkan orang kampong
Dalam kisah lain pula, Natasya (Julia Ziegler) telah kemalangan jalanraya, kerana mengelak 1 kelibat yang melintas di hadapan keretanya, akibat kemalangan itu dia koma, setelah sedar dari koma dia mengalami halusinasi dan dihantui mimpi seseorang bernama Baizura telah datang kepadanya, Baizura seolah-olah ingin memberitahu sesuatu tentang dirinya.
Filem ini penuh dengan elemen kejutan dan suspen, seram jugak bulu-bulu roma badan aku bila tengok haha, paling seram babak Julia di ganggu dalam hospital, fuh sunyi satu pawagam kejap beb, menunggu kejutan dalam ke-seram-an, sekali.. tu dia nala.. kepala hantu terjojol wooo hui
Apalagi menjerit la kaum wanita 1 pawagam, siap ada melatah pon ada, kelakor pulak jadinya, yang laki senyum2 gelak macam aku, padahal dalam hati cuak gak tadi
Babak Baizura kena rasuk sampai muka biru tu pun seram gak, cam real jer, kena rasuk memang muka jadi biru ya
Apa yang berlaku pada Baizura? Mampukah Julia mengatasi masalahnya? Anda perlu saksikan sendiri.
bagi aku ini filem ini telah berjaya menyeramkan aku sekejap dan cara olahan jalan ceritanya juga menarik
Rating=
( sesuai bawak awek sekali kat panggung, dapat kena peluk wahaha)
*Updated= Gua dengar David Teo sampai eksiden, tuh dia wa sulah cakap jangan tegur lu degil
p.s= update di kafe siber, line telefon gua di curi maling

Komen Korang