Nyanyian dari penjara?
Dalam seminggu ini staff2 (perempuan) di pejabat ku selalu memainkan sebuah lagu yang kononnya dari penjara, macam2 komen la yang aku dengar dari mulut diorang, suara sedap lah, lagu sedih la, terkenang nasib dia kat penjara la, alahai korang dengar la sendiri, nyampah aku, udah bosan mendengornya tiap hari.
betulke lagu dari penjara ni, gua dengar komposer dia hidup lagi?
Kedukaan seorang lelaki yang cuma seminggu untuk berkahwin dengan wanita pilihannya terpaksa akur terhadap kehendak wanita itu untuk memutuskan hubungan dan kembali kepada teman lelaki sebelumnya.
Atas pemikiran pendek, lelaki tersebut telah menamatkan riwayat kedua-dua wanita dan lelaki kekasih lama wanita tersebut.
Lelaki tersebut menyerah diri dan memohon hukuman gantung dijatuhkan keatasnya. Sebagai permintaan terakhir sebelum menjalani hukuman, lelaki tersebut telah memohon untuk memanggil kawan-kawannya untuk merekodkan nyanyian tulus dari hatinya, dan dengarkanlah lagu tersebut..
Perangkap Cinta
Lagu/Lirik: Ayie & Berd
Setahun sudah ku menunggu dirimu
akhirnya kau menjadi milikku
sukarnya untuk ku melupakanmu
kerna kau ku cintai selalu
Tapi sayang…
kehadiran kekasih lamamu
datang kembali mengenang cinta dahulu
Mengapa ini semua harus berlaku
apakah ini semua kerna diriku
sedangkan aku cuma watak dalam percintaan
Tak sanggup aku melepaskanmu
Kau ibarat…
terperangkap di tengah lautan
tak tahu mana arah untuk kau menuju…
Andai kau pinta untuk melepaskanmu
terpaksa aku turutkan
Mungkinkah ini suatu pengajaran
di dalam percintaan
Komen pengkritik= Bagi gua lagu ni takde la best sangat, liriknya kisah cinta ringan sahaja, kalau lagu ni dimainkan masa zaman aku form 3 dulu, boleh la aku kata best, lagi 1 kalau lagu ni lagu pemintaan terakhir orang yang nak mati, gua sikit pun tak sedih, sedih lagi lagu Salam Terakhir nyanyian Sudirman
p/s= Akademi Fantasia 6 sudah bermula, gua tak sabar nak dengar, mamat yang ada vokal tenor, Stanly dari Sarawak.