Kenali robot-robot dari Transformers 2 Revenge of The Fallen
“Transformers..More Than Meet the Eye”
Filem yang paling ditunggu tahun ini hampir tiba, Transformers: Revenge of The Fallen, sebuah filem untuk mat-minah robotik dan pecinta Megan Fox hehe.
Aku telah menyenaraikan nya sebagai filem wajib tonton tahun ni, sila tempah-beli tiket awal-awal geng, berebut orang nak tengok ni, jangan hari tu nak tengok haritu nak beli, alamat beratur panjang la korang,
Sebelum pergi menonton apa kata meh berkenalan dulu dengan robot-robot dalam filem ni
Autobots
1.Optimus Prime (Peterbilt Truck)
Yang ni siapa tak kenal memang nak kena la tu, Ketua bagi pihak Autobots, dalam trailer kelihatan Optimus melawan robot paling besar Demolishor (yg tayar besor bapak tu), baru perasan tangan Optimus dah ada pisau
2.Bumblebee (Chevy Camaro 2010)
Robot yang ditugaskan menjaga Sam Witwicky di bumi, sangat setia.
3.Ironhide (GMC Topkick)
Pakar senjata berat Autobots dan agak baran
4.Ratchet (Hummer H2)
Robot perubatan untuk Autobots
5.Sideswipe (Chevy Corvette Stingray Concept)
Robot ni cam ganas tangan ada pisau, tapi yang tak tahan kakinya ada roda, terus rasa ganas tadi bertukar menjadi lawak.
6.Arcee (Motorsikal pink)
Robot berjantina perempuan pertama yang merubah menjadi motorsikal kepunyaan awek Sam, Mikaela, badan Arcee dikatakan boleh bertukar menjadi 3 robot
7.Jetfire (Jet SR-71 Blackbird)
Bekas ahli Decepticons yang berubah menjadi baik, robot paling tua dalam Transformers, dikatakan akan bergabung dengan Optimus Prime
8.Jolt (Chevy Volt)
Robot baru dalam autobots, (tidak banyak fakta dinyatakan tentang robot ini)
9.The Twins=Skids & Mudflap (Chevy Beat & Trax)
Dua robot kembar yang berperangai keanak-anakan, suka bergaduh hal yg tak penting dan bodoh-bodoh alang.




Komen Korang