Arasu Golden Village
Lumut-Manjung-Sitiawan adalah 3 daerah negeri perak yang bernaung dibawah panji Majlis Perbandaran Manjung, 3 daerah ini berdekatan antara 1 sama lain, bermula dengan pekan kecil di Sitiawan dan wujudnya sebuah armada tentera laut di Lumut, Manjung semakin hari semakin pesat membangun, dari majlis daerah kini menjadi Majlis Perbandaran, ini mukadimah saja.

Arasu selalu tayang filem latest Tamil
Di pekan kecil Sitiawan terletak nya sebuah pawagam lama diberi nama Arasu, kerana keadaannya yang kuno ia digelar AGV (Arasu Golden Village) maaf ia tiada kena mengena pun dengan panggung TGV yang moden tu.Pawagam besar ini cuma ada 1 layar lebar, dan terbahagi kepada dua bahagian tempat duduk yakni atas dan bawah, semestinya tempat duduk atas lebih sedap menonton atau (tidur hehe), penghawa dingin boleh diharap dan sound system pun ok sahaja.
Kali terakhir aku menonton filem Impak Maksima yang hampeh tu di pawagam ini, lepas hari raya Aidilfitri, aku mula perasan yang pawagam ni asyik tutup jek, mula lah desas desus pawagam ni bankrup la, tengah modified la dah tutup la, bukan tiada sambutan sebenarnya, walaupun pawagam ni jenis lama, kuno dan agak kureng di pandangan mata, jika ada filem besar macam Spiderman 3, Cicakman, Transformers dan Lanun Carribean 3 sambutannya amat menggalakkan sekali, pawagam penuh beb, tiket sold out.
Nak kata modified tiada pun kerja2 penambah baikkkan dilakukan, nak kata tutup memang lama dah tutup, jadi nasib kami semua disini umpama histeria bila filem2 baru muncul untuk tayangan, tak dapat nak tengok, nak tengok kena pergi Ipoh, apa cer? lupakan DVD lanun yang berkualiti cap ayam, kami disini mahukan kepuasan menonton di panggung wayang baru yang serba moden.
Oleh itu kami mempelawa jika ada sesiapa yang ingin melabur dalam perniagaan franchise Panggung Wayang di Manjung inilah masanya, dengan kapasiti penduduk yang padat, agak mustahil kalau pawagam itu nanti kurang pengunjungnya, peluang masih terbuka luas dan tiada saingan datanglah ke Manjung melihat peluang pelaburan ini.