Cerita bermula bila sekeping Setem kepunyaan Gabenor Melaka (Lord Arthur Baring tahun 1847) telah di bawa kembali ke Malaysia oleh generasi nya Charles Baring.IV.
Setem Baring tersebut dianggarkan bernilai USD 4 Juta, lantaran nilainya begitu tinggi ramai pihak yang berminat mahu mencurinya termasuk Geng Anak Yatim, Geng Tosai, Geng Piranha, Geng Bakso dan Yang Teraniaya
Sabtu lalu aku berkesempatan menonton Los dan Faun, karya terbaru Afdlin Shauki, mungkin ulasan filem aku ni bias, kerana aku sememangnya meminati beliau, jangan risau ulasan aku takde la spoiler korang sangat.
Kisahnya mengenai 2 orang pemuda yang bersahabat baik Carlos Rodrigo (Hans Isaac) dan Ahmad Faun (Adlin Aman Ramli) yang mencari pekerjaan di KL. (asik asik KL, klise betul)
Pekerjaan pertama yang mereka dapat ialah pembantu kedai di sebuah kedai coli, itupun dapat job tu sebab pengetahuan Faun tentang bra-coli, aku start bantai gelak gila-gila bila Los terpaksa jadi lembut dan Faun terpaksa komen payudara customer, well wanita skang lebih berfikiran terbuka kan, mereka dipecat haritu juga kerana Faun terlampau-lah jujur kisahnya.
Hari mereka dipecat, Los menyedari kemampuan Faun mencari barang yang telah hilang, lalu mereka berdua sepakat menubuhkan sebuah agensi yang mencari barangan hilang. Sekelip mata sahaja mereka menjadi terkenal dan servis mereka maju kerana Los memang handal bab marketing dan branding.
Satu hari kemampuan mereka diuji apabila Puan Jasmin (Erra Fazira) mahukan mereka mencari jam tangan mewah kepunyaan arwah suaminya yang hilang Tuan Soffarudin Al Sogood (Afdlin Shauki), jam tersebut bernilai RM 30 Juta, WTF!! super kaya siol.
Namun kebolehan Faun tiba2 hilang bila berada dekat dengan Jasmin, siasatan Los dan Faun akhirnya berlanjutan membawa mereka menyiasat misteri kematian Tuan Soffar yang dianggap pelik dan misteri.
Filem ini diselangi lawak sinis, pintar dan sarkastik, korang akan tergelak hingga sewel antaranya, Serina Mysterina (Ida Nerina) seorang GRO magician, watak Amran (Khir Rahman) yang cakap ala ahli politik, dan bapak Faun nonton dvd filem gay kat kampung, pasti menggeletek jiwa anda
Kelemahan filem ini ialah part ending filem ini, penjelasannya yang terlampau laju hingga buat aku biol dan rasa nak menonton sekali lagi, adakah ia disengajakan Afdlin? Apa terjadi pada jam tersebut, siapa bunuh Tuan Soffar? jeng jeng jeng korang kena lah tengok sendiri beb
Trivia: Genre komedi penyiasatan memang makanan Afdlin, kerana aku pernah menonton Telefilem Kelibat dan Baik Punya Cilok yang mempunyai signature yang serupa, ala ala Detektif Conan gitu
Komen Korang